Thursday, November 17, 2011

UPSR tak dapat 5A? It's ok...

Assalamualaikum & hye! =)
Hari ini aku guna saya

Seperti yang sume dah tau, hari ni result UPSR dah keluar. Dan kebanyakan status dekat fb pun sebok mention adik - adik and anak - anak sedara yang dapat 5A. "Congratulations my dear sister, i'm proud of you!" kebanyakannya macam tu la. Tapi...Mesti tak semua student yang amik UPSR tu dapat 5A kn? Tapi kenapa takde pun update status to congratulate those yang tak dapat 5A? Sebab malu atau apa? Now you tell me. For me, UPSR is just the beginning. Ia tak menentukan sangat pun masa depan adik - adik ni. Sebab you still got PMR & SPM yang barulah agak menentukan jalur masa depan adik - adik ni.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Dan jugak pemerhatian. Tak semua  yang dapat 5A waktu UPSR, PMR & SPM dorang excellent. Macam tu jugak bila dah masuk universiti. Memang ada yang dari awal dah cemerlang. Baguslah. Dah rezeki dia. My point is, for those yang tak dapat 5A untuk UPSR janganlah down - down sangat, tak perlula nak kecewa - kecewa. Sebab peluang anda masih banyak di depan. Macam tu jugak parents and siblings yang sepatutnya bagi support dan jangan memandang rendah adik - adik ni tau. Mungkin rezeki mereka untuk cemerlang seperti si cemerlang yang lain belum sampai.

Tak payah pandang orang lainla. Saya ambil saya sendiri sebagai contoh. Saya adalah pelajar biasa - biasa saja waktu sekolah. UPSR 4A,1B. PMR 5A 3B 1C, SPM pun 5A saja. Tapi itu tak bermakna masa depan saya gelap. Dengan keputusan yang tak seberapa itu saya pun diterima masuk di UiTM dalam bidang diploma sains (biologi). Dan ternyata zaman diploma sayalah zaman kecemerlangan saya. Rezeki saya lebih waktu itu.Sepanjang 6semester, 5semester saya tersenarai sebagai penerima anugerah dekan dan 2semester daripadanya saya memperoleh GPA 4.00. Setaraf, bahkan lebih baik dari pelajar - pelajar lepasan SBP dan sekolah - sekolah berprestij lain. Maklumla, saya sekolah biasa - biasa je. Bukan hendak membangga diri atau mendabik dada sekadar berkongsi pengalaman dan menyampaikan mesej yang peluang untuk kita memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik itu sentiasa ada. InsyaAllah..

Alhamdulillah saya sudah grad diploma 4tahun yang lalu dengan 2bintang kerana cgpa >3.5
Tak kesampaian untuk dapat 3bintang sebab semester1 tak dapat dean list. Jadi melepas Anugerah Naib Canselor (ANC)

Waktu disemester akhir diploma masih dalam dilema nak sambung dalam bidang apa? Dari kecik saya memang nak sangat jadi doktor. Mula - mula saya dah kuburkan niat tu bila tengok keputusan SPM tak sehebat bakal seorang doktor. Tapi bila tengok prestasi sendiri waktu diploma, impian tu bercambah kembali. Tapi, bila dah semester akhir diploma, impian tu seolah dicantas semula bila berhadapan dengan realiti yang demand syarat untuk masuk fakulti perubatan di Malaysia sangatla tinggi. Oleh kerana Keputusan semester 1 saya yang kurang sedikit dari dean list, seakan menyebabkan saya tak dapat meneruskan cita - cita saya. Tapi saya masih buka hati ini untuk option yang lain. Ye lah,mungkin dah takde rezeki. Nak buat macam mana..

Dan akhirnya ditawarkan sambung degree in Forensics dekat UiTM. Sebulan pegi kelas tak minat. Bosan. Nak dipendekkan cerita ada tawaran belajar ke Indonesia dalam bidang perubatan untuk student yang dapat cgpa >3.5 dalam diploma sains and mikrobiologi. Saya ikut klas, amik exam and dapat! Akhirnya, berjaya jugak saya menyambung pengajian dalam bidang yang saya impikan selama ni. Dan sekarang saya berada di sini, belajar ilmu perubatan bersama teman - teman yang di waktu sekolahnya cemerlang, straight A student. See..Biar pun UPSR saya dulu 4A1B je,sekarang saya dah setaraf pun dengan mereka - mereka yang 5A. 

Jadi, buat adik - adik yang tak dapat 5A sekarang, jangan berputus asa. Teruskan usaha, insyaAllah ada yang lebih baik didepan. Buat parents, siblings and family, teruskan menyokong mereka. InsyaAllah satu hari nanti mereka akan berjaya.

Last but not least, to my bf sister, Anis Sofea binti Azman, congratulations for getting 4A's for your UPSR. Teruskan usaha itu. Kami bangga dengan kamu! =)

p/s:dah suruh dia baca post ni.tak taula budak ni tau ke tak nak bukak blog.huhu ;)

Wednesday, November 16, 2011

Cinta: Apa yang aku harap

Assalamualaikum & hye! =)
Bila cakap pasal cinta, suma mesti terbayang yang jiwang - jiwang. Tengok sunset tepi pantai dengan pasangan..Contohnya. Itu mungkin pemikiran aku jugak satu ketika dulu. Masa tak matang and tak tau pun motif bercinta ni sebenarnya. Tapi bila umur hampir 23tahun ni,takkanla tak reti-reti lagi nak sedar. Yang cinta ni sebenarnya tanggungjawab dan bukan nak berjiwang - jiwang saje.

Kasih sayang pasangan dalam cite UP ni sgt buat aku terharu =')

Erm, love ni complicated. Takde guideline khusus atau cara - cara bercinta yang sebenarnya. Sebab cinta terhasil antara dua manusia. Dan pengalaman dua manusia ini tidak sama dengan yang bakal dirasai dunia manusia itu. Sebab itu aku cakap takde guideline khusus untuk bercinta.

Erm..Aku tak harap banyak dalam cinta ni. Cukupla...


Lelaki yang bersama dengan aku sekarang dan selamanya dapat terima aku seadanya. Aku yang kepala angin, serious dan super duper degil.

Aku harap lelaki itu dapat terima aku yang bukan berbadan macam model. Hanyalah perempuan biasa dengan tinggi 157 cm. Berat badan yang tak menentu antara 45kg boleh mencapai 51kg. Currently 44kg.

Aku harap lelaki itu sanggup jaga aku waktu aku sakit. Aku memang selalu sakit. Demamla,pengsanla, tekanan darah rendahla, fibroadenomla, sakit kepala, sakit belakang.

Aku harap bila aku sedih, bahu dia sentiasa ada untuk aku menangis, untuk tumbuk - tumbuk bila aku bengan dengan orang lain.

Aku harap dapat dengar I LOVE U tiap - tiap hari. Dalam sms pun.he

Aku harap dia selalu imamkan solat aku. Biarpun bukan tiap waktu. (Sejak pindah kelas baru dah lama tak diimamkan solat dengan dia.rindu =') )

Aku harap dia jadi bestfriend forever aku

Senang cite aku nak mcm ni..

Sayang menyayangi sampai akhir usia =')

InsyaAllah..

Monday, November 14, 2011

Eh,dah mid novemberla! ;)

Assalamualaikum & hye! =)

Pejam celik pejam celik da hampir mid of november. Apa yang special sangat bulan november ni eh? Ehem! Ada satu tarikh bermakna yang mana satu angka lagi akan menginjak naik. Ehem! Seganla promote - promote ni. Paham - paham sendrila.hahahahaha.

Oh, saya ada wat wish list ni.hehe. Kalau ada duit lebih, rase - rase nak bagi, silalah. Saya tak kisah. Saya tak marah korang nak bagi. Hehe :) Walaubagaimanapun, wish list ni terbagi pada dua. Keperluan dan keiinginan. Keperluan tu maksudnya saya nak memang sebab diperlukan. Keiinginan tu sebab sesaje nak. Dah nama pon teringin~ hehe



KEINGINAN

          1)
Fuji instax mini 7s. Sebab ia comel & unik. Biala org cakap rugi ke yang penting pada saya
 ia unik & gambar yg dihasilkan unik dan cantik. Tak caye? Tgk next2 ni.


Jgn tpu nak ckp gmbar2 ni tak cntik eh.


    2)
Forever21 studded bootie. Tapi kalau ada yg nak bg brand ape2 pn tak kisah je.hehe
    3)
Colour clashes handbag
    4) Surprise!

Saya amat menghargai kalau ada orang yang nak wat surprise kat saya. Sebab saya suke surprises. Tapi surprises yang unpredictablela. Sebab besenye sume predictable. Bukan salah mereka tapi saya yang memang senang baca sume move orang.hehehe.

KEPERLUAN

1) Laptop. Any laptop. Kecik ke besar ke tak kisah. Sebenarnya tak nak pun laptop ni. Tapi sebab laptop skrg ni dah lama, dekat 6tahun dah guna, jadi masalah dah mula timbul. Risaula tetiba padam ke, tak ke naya? As student, laptop macam satu lagi nyawa tau!

2) New phone. Zaman dah lama berubah. Tapi saya masih di takuk lama. Pakai phone java je. Nokia Supernova7610. Phone ni dah dekat 4tahun saya pakai. Macam2 masalah dah timbul. Tapi sabar, pakai jugak.huhu. So, kali ni mama dah cakap nak belikan phone yang mengikuti standard terkini. hahaha. She ask me to choose. Walaupun ada banyak phone yang power gila2, saya tetap pilih yang takla power sgt sebab sesuai dengan penggunaan saya. Dah shortlist 5 phones yang menjadi idaman dengan spec yang bersesuaian, which are:
1. Sony Ericsson Xperia Mini Pro
2. Sony Ericsson Live With Walkman
3. Samsung Galaxy W
4. Samsung Galaxy Ace
5. HTC Wildfire S

Suke yg ni sgt!Galaxy ACE

Xperia mini pro

Galaxy W

And...those yang dah kne strikethrough tu dah out of list. Due to ketidakcantikannya.haha. Saya memang suke phone cantik. Kalau ikutkan performance, memangla Galaxy Ace jauh ketinggalan. Ye la android 2.2froyo, internal memory 150Mb je. Kalau compare dengan no.1 sume orang suruh pilih yang no.1. Tapi...phone tu cntik.ala2 iphone gtu.huhuhu..Galaxy W so-so dalam hati ni. Performance bagus,tapi kecantikan bese2 je. Mini pro performance bagus,cntik pon bolela. Tapi kecik.hm...takleh nak decidela skrg.tggu belek2 phone tu depan matala.huhuhuhu.

p/s:4hari lagi nak balik malaysia!tak sabar!tahun ni sambut kat malaysia!hoyeyh! =)))) 

Thursday, November 3, 2011

Stanza Cinta ii

Assalamualaikum.

Akhirnya harini khatam sudah drama stanza cinta ni. 2episod terakhir memang banyak bermain dengan emosi. Dan semalam saya dah agak - agak dah ending drama ni macam mana waktu bercerita dekat dia. Dari jalan ceritanya, saya agak ia akan berakhir sama seperti ketika cinta bertasbih. (movie Indonesia). Yang mana nak menunjukkan sesusah mana dan sekuat mana dugaan hubungan antara adam dan hawa, tapi kalau sudah tertulis mereka adalah jodoh buat satu sama lain tetap akan berlaku juga. Dugaan ni bukan mak tak suka sebab lelaki tu tak kaya atau typical reason dalam drama2 biasa. Tu yang menarik tu.hm

Dan stanza cinta berkahir dengan perginya Irfan pada hari sepatutnya dia menikahi amni kerana sakit SLE yang dideritainya. Dan akhirnya taufiq imran kembali untuk menjadikan amni isterinya setelah sebelum ini terpaksa membatalkan niatnya itu kerana mengikutkan kehendak arwah ayahnya yang sudah menjodohkannya dengan orang lain. Finally amni dengan taufiq. Kan betul tekaan saya..hehe

irfan ,amni, taufiq

Dan, kata2 didalam drama ni banyak bagi pengajaran, kesedaran, keinsafan.. Antaranya:
Jangan kita terlalu ikutkan rasa dendam dan marah terhadap seseorang dan enggan memaafkannya.
Kadang - kadang, kekurangan orang lain itu ladang pahala untuk kita. Supaya kita dapat memaafkan dia, mendoakan dia, memperbaiki diri dia, dan menutup aib dia.
Dan kita kena ingat, kita ini pun dihargai oleh orang lain kerana Allah menutup aib kita, kelemahan dan keburukan kita...
Wassalam =)

Wednesday, November 2, 2011

Stanza Cinta MoDe:ON

Assalamualaikum.

Penah dengar stanza cinta? Asalnya ia adalah sebuah novel which is saya tak pernah baca. And ia telah diadaptasi dalam bentuk drama di Tv3, Setiap hari Ahad, 9malam. Dan episod akhir dah pun ditayangkan pada 2oktober 2011 yang lepas. Genap sebulan yang lepas.hehe. Dan mungkin macam terlambat dan basi baru nak buat post pasal ni kot. Tapi disebabkan saya baru je tengok cerita ni dan tak habis pun lagi, jadi saya nak jugak buat post ni.huhu. Nak buat macam mana, saya tak duduk dekat malaysia. Balik pun sangat jarang.Nasibla belajar luar negara ni. Eceyh. Padahal Indonesia je.huhu

Pada awalnya saya rasa drama ini sama saja macam drama melayu yang lain. Tapi ada satu turning point yang buat saya semakin suka untuk menontonnya. Banyak mesej yang bagus dalam drama ni. Dan saya amat sukakan watak yang dibawakan yang bersifat manusia biasa yang bersederhana yang logik dan realiti. Suka sangat sampai ceritakan the whole story dekat si Dia on phone.hihi.Sayang nak habiskan menonton. huhu


Antara kata - kata yang memberi semangat dan menyentuh perasaan saya waktu menontonnya:

Jika kita semua ibarat daun
Jika kita tidak gugur hari ini
Pasti akan gugur juga pada hari yang lain

Jangan terlalu dimanjakan nafsu
Hapuslah airmatamu kerana itu hanya menjauhkan kita dariNya.
Biar semua orang yang kita sayang di dunia ini pergi meninggalkan kita, tapi tidak DIA.
Cintanya takkan pernah berkurang, malah bertambah biar ia direbut hamba2nya yang lain.
Sapulah dukamu, hiasilah jiwamu dengan cintaNya.
Ingatlah yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu

-taufiq imran-

scene dimana amni(nurfathia) yang biasanya kuat pegangan agamanya larut dibawa kesedihan yang teramat sangat setelah kehilangan sahabat baiknya akibat barah hati. Takdir menemukan dia dengan taufiq imaran(fizz fairuz) dalam keadaan itu dan taufiq memberi amni kata2 itu ditulis didalam sebuah buku untuk hadiah hari lahirnya.

Dan lagu tema stanza cinta ni "Kisah hati" by Alyah pun seolah2 menceritakan kisah antara mereka~


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu



Jika kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

p/s:Suke sangat =)