Selamat Pagi Cikgu! =D
Sementara free menunggu shift malam tiba, sempatla rasenya mengupdate secebis dua alkisah engagement day bulan lepas.
This time nak cerita pasal baju tunang, shawl, veil, MUA.. Pendek cerita keperluan untuk mencantikkan diri time bertunang tu lah. Ye la, bertunang ni sekali seumur hidup. One of important life events lah katekan. Boleh nak cantik - cantik, tapi tak membazir. Asal nampak cantik, sesuai kemampuan =)
1. Baju Tunang
Cerita baju tunang ni kelakar sikit. Awalnya, dah rembat minaz arianna princess dress untuk dipakai bertunang. Color champagne. Beli bukan main awal. Kebetulan time tu minaz buat sale grand opening butik shah alam. NP RM299. Aku beli RM150. Berbaloi kan?
Tapi nak dijadikan cerita, aku hidup terlampau bahagia. Alhamdulillah. Berat badan naik mencanak - canak. T.T In the end, terpaksa letgo dress tu and cari baju tunang lain. Kekeke. Nasibla badan. Untung sekarang zaman insta. Kalau beli brand famous amos ni senang nak letgo balik. So tiada kerugian mahupun pembaziran berlaku. Hehe
So, my real baju tunang is from HANABELLA. Kurung moden Adana namanya. Yang ni aku rembat last minit. Tu pun melalui personal shopper. Last minit yang amat seminggu sebelum tunang baru aku beli, 3,4 hari sebelum tunang baju tu baru sampai rumah, baru try. Alhamdulillah baju tu sangat cantik, fit perfectly on me. Sangat puas hati. Harga dia tak tahan tu. Dah rezeki aku dapat beli time clerence sale, RM150 sahaja. NP RM399. Kualiti memang terbaik. Orang lain gigih beli kain, hantar tailor try sana sini. Aku sempoi je beli pun online, mintak orang belikan. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga. Hehe.
2. Veil
Veil pun aku order online je. Last minit jugak. 3 hari sebelum tunang. Gigih scroll ig cari yang ready made. Untungla duduk shah alam. Butik bersepah - sepah. Butik online pun banyak kat shah alam. Aku beli dari @Arabella_collection. Harga? RM100 sahaja. Aku pilih net veil. Memang cantik sangat and sesuai sangat dengan baju tunang aku. Puas hati!HAppy! =)
Ni je gambar full baju tunang yang ada kot. Sebab aku ni malula nak posing sorang - sorang. Haha. Yang tengah tu ayah tunang aku. Jangan korang ingat tu tunang aku pulak. haha
Close up lace. Lace dia memang quality terbaik. Kalau usha kat jakel yang 100++ semeter tu. Amacam veil? Cantikkan?
Veil from @Arabella_collection
3. Hand bouquet
Yang ni pun aku order online jugak. Hehehe. Aku ni memang minah insta. Almaklumlah seorang doctor tak banyak masa macam orang lain boleh pegi sana - sini survey semua sendiri. Tapi Alhamdulillah memuaskan hati. Very recommended. Setengah orang cakap bazir. Apa lagi pilih fresh flower yang cuma tahan 4-5 hari. But i dont care. Penaik seri kot. Tak caya? Tengok next pic. Kalau berminat, boleh usha ig dorang @thecraftpotion They do delivery also. Handbouquet ni dorang hantar sampai rumah tau. Service terbaik.
Amacam? Kalau nak harap aku je seketul dalam gambar tu memang kayula. Haha
4. Photographer
Nak gambar awesome, photographer peramah yang tak buat korang awkward, paling penting murah, boleh hire @huskstudio. Again, aku booked dorang online je. Harga? RM200 SAHAJA. Murah kan? Tapi gambar cantik kan? Ape lagi, pegila booking sekarang! Hehe
Awesome kan gambar - gambar dorang? And perasan tak, semua gambar diambil in my own room! Tak perlu pelamin! Again, jimat! =)
See u in next entry. BYe2