Tuesday, January 19, 2016

Engagement Day Part 2


Selamat Pagi Cikgu! =D
Sementara free menunggu shift malam tiba, sempatla rasenya mengupdate secebis dua alkisah engagement day bulan lepas.

This time nak cerita pasal baju tunang, shawl, veil, MUA.. Pendek cerita keperluan untuk mencantikkan diri time bertunang tu lah. Ye la, bertunang ni sekali seumur hidup. One of important life events lah katekan. Boleh nak cantik - cantik, tapi tak membazir. Asal nampak cantik, sesuai kemampuan =)

1. Baju Tunang

Cerita baju tunang ni kelakar sikit. Awalnya, dah rembat minaz arianna princess dress untuk dipakai bertunang. Color champagne. Beli bukan main awal. Kebetulan time tu minaz buat sale grand opening butik shah alam. NP RM299. Aku beli RM150. Berbaloi kan?

Tapi nak dijadikan cerita, aku hidup terlampau bahagia. Alhamdulillah. Berat badan naik mencanak - canak. T.T In the end, terpaksa letgo dress tu and cari baju tunang lain. Kekeke. Nasibla badan. Untung sekarang zaman insta. Kalau beli brand famous amos ni senang nak letgo balik. So tiada kerugian mahupun pembaziran berlaku. Hehe

So, my real baju tunang is from HANABELLA. Kurung moden Adana namanya. Yang ni aku rembat last minit. Tu pun melalui personal shopper. Last minit yang amat seminggu sebelum tunang baru aku beli, 3,4 hari sebelum tunang baju tu baru sampai rumah, baru try. Alhamdulillah baju tu sangat cantik, fit perfectly on me. Sangat puas hati. Harga dia tak tahan tu. Dah rezeki aku dapat beli time clerence sale, RM150 sahaja. NP RM399. Kualiti memang terbaik. Orang lain gigih beli kain, hantar tailor try sana sini. Aku sempoi je beli pun online, mintak orang belikan. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga. Hehe.

2. Veil

Veil pun aku order online je. Last minit jugak. 3 hari sebelum tunang. Gigih scroll ig cari yang ready made. Untungla duduk shah alam. Butik bersepah - sepah. Butik online pun banyak kat shah alam. Aku beli dari @Arabella_collection. Harga? RM100 sahaja. Aku pilih net veil. Memang cantik sangat and sesuai sangat dengan baju tunang aku. Puas hati!HAppy! =)


Ni je gambar full baju tunang yang ada kot. Sebab aku ni malula nak posing sorang - sorang. Haha. Yang tengah tu ayah tunang aku. Jangan korang ingat tu tunang aku pulak. haha


Close up lace. Lace dia memang quality terbaik. Kalau usha kat jakel yang 100++ semeter tu. Amacam veil? Cantikkan?


Veil from @Arabella_collection

3. Hand bouquet

Yang ni pun aku order online jugak. Hehehe. Aku ni memang minah insta. Almaklumlah seorang doctor tak banyak masa macam orang lain boleh pegi sana - sini survey semua sendiri. Tapi Alhamdulillah memuaskan hati. Very recommended. Setengah orang cakap bazir. Apa lagi pilih fresh flower yang cuma tahan 4-5 hari. But i dont care. Penaik seri kot. Tak caya? Tengok next pic. Kalau berminat, boleh usha ig dorang @thecraftpotion They do delivery also. Handbouquet ni dorang hantar sampai rumah tau. Service terbaik.



Amacam? Kalau nak harap aku je seketul dalam gambar tu memang kayula. Haha

4. Photographer

Nak gambar awesome, photographer peramah yang tak buat korang awkward, paling penting murah, boleh hire @huskstudio. Again, aku booked dorang online je. Harga? RM200 SAHAJA. Murah kan? Tapi gambar cantik kan? Ape lagi, pegila booking sekarang! Hehe








Awesome kan gambar - gambar dorang? And perasan tak, semua gambar diambil in my own room! Tak perlu pelamin! Again, jimat! =)

See u in next entry. BYe2

Monday, January 18, 2016

2016. How much did i miss??


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya tuhanku, wujud lagi blog ni rupenye.....
Last entry was on May 2014. Sekarang dah 2016. Betapa banyaknya yang dah berubah.. Betapa banyaknya dah bertambah... Bertambah usia, bertambah berat badan. Kehkehkeh.

Ok. Where should i start?

2015.
Salah satu tahun perubahan fasa. Dari seorang student, kepada seorang wanita berkerjaya. Alhamdulillah, im a junior doctor now. Junior doctor baru. Ala - ala kuli gitu kalau dalam ekosistem hospital la. Alhamdulillah still surviving. Adapting well, meeting new people, interesting cases, bosses yang bermacam ragam. This is the path that i choose and im glad im choosing it.







26/12/15

One of the most important date in 2015. My engagement day. After almost 6 years, finally the day has come. Majlis ringkas, tapi sangat meriah. Semua berjalan lancar, Alhamdulillah.


Hantaran from my side

Nak cerita sikit pasal hantaran. 7 dulang berbalas 9. from my side was 100% DIY. Daripada kotak kayu hantaran ke gubahan bunga, semua gubahan sendiri. Amacam? Nampak profesional tak?  Hantaran rustic gitu..Yang penting, jimat..

Both sides dah setuju hantaran untuk tunang yang simple - simple je. Most of it adalah makanan.

1. Chocolates

2. Fruits

3. Kain baju melayu + sampin songket

 4. Pavlova

5. Chocolate cupcakes

6. Garsa kitchen sandwiches

7. Sirih junjung
8. Pulut Kuning
9. Fondant cake

Alkisah, semua ni buat last minit malam sebelum majlis. Sampaikan MUA dah sampai pun aku still terhegeh - hegeh cari fresh flower untuk sireh junjung kat luar. Boleh tak? Hehe. Tapi memang tersangatlah puas hati dengan hasilnya. =)

Nak tengok pelamin pulak? Tak payah nak berangan. Sebab aku tunang tak pakai pelamin - pelamin ni. Sarung cincin dalam bilik sudah. Satu sebab aku rasa malu nak duduk atas pelamin semua orang tengok. Kedua, membazir sebab tak perlu pun. Ketiga, mengekalkan adat tradisional gitu.Hehehe

Baju, tudung, veil, handbouquet, MUA and photographer kita cerita next entry la pulak. Korang jangan pepandai bajet aku ni berbajet besar. Ketahuilah bahawa aku cuma spent RM700 untuk yang aku sebutkan diatas.. Tak percaya? Tunggu next entry untuk details. Eceyh. Bye2

Tuesday, May 20, 2014

Me:2008-2014

Assalamualaikum.
Ada apa dengan 2008-2014? Well, for those yang tak tau, 6tahun tersebutla tempoh aku nak dapatkan segulung ijazah, mengejar cita - cita. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Entry kali ni terinspirasi dari sorang kawan yang lately asyik mengupload gambar - gambar dari awal dia datang sini smpai dia selesaikan degree dia. Well, most of people change. Physically obviously. So, aku pun nak buat benda yang sama untuk tengok sejauh mana aku berubah?teheheh

2008

2009

2010

2011

2012



2013



2014


Conclusionnya, aku rase aku maintain comelll. ke cmne?haha =P k bye

Saturday, March 29, 2014

Surgery is my jammed!

Its been quite sometimes huh?
Busy? Tak sangatla. So, whats up with my life?
Alhamdulillah. Lots of great things happened. I just finished another department. SURGERY! 3 months berlalu camtu je and i already miss it. Surgery was not like the other department. Ive been postponing dari masuk department ni sebab orang lain asyik komen bagian ni menyusahkan, banyak masalah etc etc. Tapi bila dah rasa sendiri, i was like, korang ni banyak sangat merungut sebab tu tak enjoy life!

For me, surgery department was awesome, cool and AWESOME! OH wait. Berapa kali aku cakap bagian ni awesome? XD Betullah orang cakap, semua yang berlaku ada hikmahnya. Most of the time, aku gerak solo. Means, independetly masuk bagian sesuai planning aku sendiri. Tidak ada influences dari orang lain. Seriously takde! And it just magically worked! Im easily get along and click with others. And masuk bedah after almost semua bagian dah aku masuk is worthed. Sebab, bedah ada subdivisi. Total of 9. Oncology, digestive, urology, orthopeadic, pediatric, neurology, thorax & cardiovascular, plastic. So, macam revisionla semua ilmu yang dah pernah belaja.

Yang paling best, peluang jadi asisten steril during operation, suturing, chest tube, cross incison memang buat aku speechless. Bila berpeluang bertugas diluar, buat semua tu sendiri, makes my confidence level up up! =D And, di bagian ni jugakla aku sedar, whatever scandal yang pernah korang tengok dalam greys anatomy tu betol - betol terjadi in real life. surprise? well, thats life people. U just have to be smart enough so that u didnt getting involve in such things. Nauzubillah.

I LOVE SURGERY. SURGERY IS VEGHI VEGHI COOL!


GOOD BYE FOR NOW. Alhamdulillah for everything.

Monday, March 3, 2014

Bebelan aku. Aku membebel.

Hai blog. Hai blog reader! *Tu pun kalau ada*
Kat luar hujan.Memalam camni memang syok melayan perasaan. Suka hati kaula nak jiwang ke nak sedih ke nak meroyan ke. Yang penting tak bikin susah orang. Tapi kalau aku, melayan perasaan ni buat menyusah diri sendiri. Ye la nanti emosi, ape benda pun tak jadi. Melayan perasaan dengan tuhan paling bagus. Takde yang dapat tandingi punyelah. Tapi aku ni spesis iman gred erm *memalukan*. Melayan perasaan cari makhluk. Lega pon lega datang pergi, Last - last menulis ke sini.huuuu...
-
-
-
-
-
-

Aku homesick. Bila aku stress, masalah sana sini takde tempat lain yang aku nampak selain rumah. Orang lain homesick, call, skype, webcam dah bole hilangkan rindu. Aku tak boleh. Tambah - tambah homesick ade. Sebab tu kalau aku rasa aku perlu balik rumah justru aku takkan call rumah. Sebab keinginan nak balik tak disertai dengan kelapangan nak balik rumah. Boleh faham tak ape aku rasa? Aku tau cara aku berfikir tak macam orang lain. Sebab aku suka jadi unik. Tak sama dengan orang lain. Jadi diri sendiri.Teheeee.
-
-
-
-
-

Lagi satu, aku nak kawin. Like right now. Haha. Gatal? Menggedik? Kau bagila label ape pon aku tak kisah. Aku tau kenapa aku nak kawin. Dan kenapa jugak aku tak boleh kawin je. Sebab kawin tu senang, tapi tak senang untuk kawin. Aku suka jaga orang, urus orang, sayang orang. Instinct tu mungkin datang dari kebiasaan aku mengurus and jaga adik - adik dari kecik. Tapi aku tak suka batas. Kalau tak kawin, terbatasla. Ada dinding. Buldozer satu. Kasih pecah itu dinding.
-
-
-
-
-


Dan akhirnya, Tuhan je tahu ape aku rase sebenar2nye. Aku da cakap melayan perasaan dengan tuhan is the best. Tak reti - reti lagi? Adios~

Wednesday, November 20, 2013

Wordless wednesday





Visum et Repertum.Autopsies.Err..Its all about forensics. Dealing with crimes and dead people.wowwieee..

Sunday, September 8, 2013

Wordless Sunday?


p/s: Lidah itu ibarat anjing liar.Kalau tidak dikawal ia akan menggigit. Banyak lagi makanan dalam dunia. Hindarila makan daging saudara sendiri. Salam

Saturday, September 7, 2013

Selamat Pengantin Baru! =')

Assalamualaikum.
Post kali ini simple. Khas buat dua orang yang baru - baru menamatkan zaman bujang.
Congratulations for both of you. Im so sorry i cannot attend both of your wedding. Sedih sangat. But im sure both of you know that my prayer will always be with u guys. Selamat pengantin baru. Semoga menjadi suami - suami yang soleh, dapat membimbing isteri - isteri kalian dengan baik, dapat membina keluarga yang sakinah dan mawaddah. InshaAllah amin. Akhirnya pencarian kalian sudah dipenghujungnya (pstt.perjalanan mencari cinta dorang ni panjang.hehe) Buat Muhammad Sharafuddin bin Omar, yakinlah ini jodoh terbaik yang Allah telah tentukan untuk kamu. Jangan ragu lagi. Buat Ahmad syahir Ahmad Zu Saifuddin, congrats bro! Sedih gila tak dapat datang wedding best friend sendiri T.T

Im Happy for You =')



Congrats bro =)

p/s: Dalam mode terkilan. Dorang ni antara orang2 penting dalam hidup aku. Sangat penting.isk


Sunday, September 1, 2013

Syawal punya cerita.

Assalamualaikum =)
Here comes cerita tentang syawal. Terlambat?Tak ah. Still syawal lagi kan?Hehe.
Alhamdulillah, tahun ni dapat balik Malaysia untuk sambut lebaran. InshaAllah ini tahun terakhir merasa balik kampung untuk beraya dari makassar.InshaAllah. Garis penamat dah terbayang - bayang, semoga semuanya dipermudahkan. Amin. Tahun ni beraya tak lama mana. Tapi cukuplah merasa 3hari beraya dengan family.
Itu yang penting. Tahun - tahun depan belum tentu lagi dapat beraya dengan family sendiri 1syawal walaupun berada kat malaysia. Itu cerita lain lagi. Kita simpan dulu =)

I have a big family. Jadi kalau beraya tanpa dorang, it was like empty. So, tahun ni i was very very happy. Alhamdulillah. So, this year theme was purple. Walaupun macam2 tone purple ada, tapi takpela. Cantik je..hehe.
My big family. I love them so much =)

Selamat Hari raye! =D

Sepanjang 3hari syawal yang sempat merasa kat malaysia (4syawal tak kira sebab dah packing barang n ready to fly back =( ) Setiap saat digunakan sepenuhya. Bayangkan, malam 3syawal, penat2 baru balik dari kampung, terus midnight movie. "The conjuring" with the siblings. Walaupun penat, berbaloi. Every seconds with family is always worthed.

Yup!Thats my brother. He may look like an adult, but hes only 19!haha

4syawal, kembalila ke sarang.menghabiskan study yang masih berbaki. Untungnya, department ni sangat santai, sangat relaks. Research only. No oncall. Weekends are free for leisure. Hehe.

Yeah.like i said.santai~~ =P

3rd week dalam department ni, kami teman seminggu dikecualikan dari ikut kegiatan macam biasa. Sebab? Untuk jadi guide tetamu dari jepun yang datang untuk tahu dengan lebih banyak tentang leprosy atau nama lainnya kusta. Mana lagi tempat terbaik untuk tau tentang kusta kalau bukan Indonesia kan?huhu.Overall ok la. Bukan dorang je macam tourist. Dengan kitorang sekali. Sebab banyak benda yang first time untuk diorang adalah first time untuk kitorang jugak.hahahaha.Takda beza pn untuk yang baru 5hari di Indonesia dengan yang dah 5tahun dsni.hehehehe.

Kami =)

So, itulah cerita syawal saya. Anda? Masih tersisa satu minggu lagi dalam bulan syawal. So, Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin readers! =)


Saturday, July 27, 2013

Ramadhan, Orthopedic dan Kisahnya.. =)

Assalamualaikum. Salam Ramadhan.

Pejam celik pejam celik dah lebih dari separuh ramadhan umat Islam seluruh dunia lewati . Amacam amalan dan ibadah masing - masing? Semoga semuanya ikhlas dan diterima Allah. InshaAllah. =)

Saya? Alhamdulillah. Masih dikurnia nikmat hidup, nikmat iman, dan nikmat Islam. Dengan harapan semuanya bertambah baik setiap saat dari sisa hidup ini. InshaAllah. Its been a while. Biasa, medic student. Bz la kekonon. Tapi seriously bz. Apalagi sekarang dah final year. Kena kerja keras. Hehe.

So, last department sebelum balik bercuti ke tanah air tercinta Malaysia, was Orthopedic & Traumatology. Department ni betol - betol mencabar. Apalagi 2minggu terakhir di department tersebut saya lalui dalam bulan Ramadhan. Tunggang langgang ibadah.isk2. Tapi alhamdulillah, seminggu yang lepas dah pun selesai dari department ni, so dapatla pulun habis2 amalan di bulan yang mulia ni.

Ok. Back to orthopedic. Department ni didominasi golongan lelaki. Dari specialists & residents, majoriti adalah lelaki. Bayangkan, dari 50+ residents yang ada, cuma 4orang adalah perempuan. And yes, they look tough. Belom lagi tengok bila patient yang datang dengan patah - patah tulang, dislocation sana sini, the way they handle the patients, memang wow. I want to be like them. Tough women. Itu pn kalau cukup toughla.hehe


During my pre-clinic years, saya tak pernah suka anatomi apalagi muscles dan tulang temulang. Tapi, lepas saya lewati department ni, dapat tengok patient - patient in real situation, dapat ikuti major operations, minat tu perlahan - lahan timbul. Dan masa yang saya lalui sepanjang saya di ortho memang tak terasa. Dan Alhamdulillah pengalaman ini saya rasakan sangat best. Semoga ilmu yang didapat bermanfaat. InshaAllah =)


Sunday, April 28, 2013

Cintaku terhadap CARDIO!

Assalam.
Ok. I admit. Title post ini memang poyo. But what to do. Dengan ini saya mengisytiharkan yang saya saaaaangat sukakan cardio. Saya cintakan cardio. ngehehehehe. Ok dah. Itu je. Hehe


Saturday, March 30, 2013

Its been a while =)

Assalamualaikum and hye!
Yup. Its been a while. Kerajinan menaip sesuatu kat sini, pudar. Sudah tiada minat. Mungkin minat mendalami dunia perubatan dan memahami keadaan patient tu lebih lagi.hehe.
Alhamdulillah. Today, im officially end my first level of clinical posting. Bermakna berbaki lagi 1tahun+. InshaAllah, dengan izinnya June 2014 kembalilah daku untuk berbakti pada bangsa dan negara. InshaAllah.

Perjalanan ini tak mudah. Penuh penat, lelah, kepayahan. Tapi, Allah dah janji. Kita takkan pernah keseorangan. Takkan pernah bersendiri. Kalau bukan manusia yang hadir secara zahir sebagai pendukung, peneman hidup. Allah itu tetap ada. Yakin, yakin, yakin. Ya, aku akui, sebagai hamba yang taat belum aku gapai. Masih terumbang ambing dalam gelombang dunia. Asal, keyakinan itu masih ada, aku yakin peluang masih terbuka. Biarla aku bertatih supaya pada saat aku sudah bisa berlalri menujunya aku tidak kembali tersungkur kerana terburu - buru. =)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..


Tuesday, January 1, 2013

This is how my 2012 ends =)


My last oncall in 2012!
Jalan2 makan2 petang before 2012 ends!
Malam tahun baru 2013! =)

Thursday, December 27, 2012

Sebab blog ni sunyi


Senyuman hanya di dalam gambar. Eye bag 1kilometer dah boleh nampak, Kat tangan tengah pegang status patient baru yang tak pernah putus. Kaki sakit, lutut sakit. Nak duduk 10 minit pn susah. Yang dalam full patient. Tak kira yang bersepah2 dekat luar lagi, Itulah penangan kat Emergency unit T.T Kami berkhidmat free untuk anda, tanpa gaji.Untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa