Monday, November 14, 2011

Eh,dah mid novemberla! ;)

Assalamualaikum & hye! =)

Pejam celik pejam celik da hampir mid of november. Apa yang special sangat bulan november ni eh? Ehem! Ada satu tarikh bermakna yang mana satu angka lagi akan menginjak naik. Ehem! Seganla promote - promote ni. Paham - paham sendrila.hahahahaha.

Oh, saya ada wat wish list ni.hehe. Kalau ada duit lebih, rase - rase nak bagi, silalah. Saya tak kisah. Saya tak marah korang nak bagi. Hehe :) Walaubagaimanapun, wish list ni terbagi pada dua. Keperluan dan keiinginan. Keperluan tu maksudnya saya nak memang sebab diperlukan. Keiinginan tu sebab sesaje nak. Dah nama pon teringin~ hehe



KEINGINAN

          1)
Fuji instax mini 7s. Sebab ia comel & unik. Biala org cakap rugi ke yang penting pada saya
 ia unik & gambar yg dihasilkan unik dan cantik. Tak caye? Tgk next2 ni.


Jgn tpu nak ckp gmbar2 ni tak cntik eh.


    2)
Forever21 studded bootie. Tapi kalau ada yg nak bg brand ape2 pn tak kisah je.hehe
    3)
Colour clashes handbag
    4) Surprise!

Saya amat menghargai kalau ada orang yang nak wat surprise kat saya. Sebab saya suke surprises. Tapi surprises yang unpredictablela. Sebab besenye sume predictable. Bukan salah mereka tapi saya yang memang senang baca sume move orang.hehehe.

KEPERLUAN

1) Laptop. Any laptop. Kecik ke besar ke tak kisah. Sebenarnya tak nak pun laptop ni. Tapi sebab laptop skrg ni dah lama, dekat 6tahun dah guna, jadi masalah dah mula timbul. Risaula tetiba padam ke, tak ke naya? As student, laptop macam satu lagi nyawa tau!

2) New phone. Zaman dah lama berubah. Tapi saya masih di takuk lama. Pakai phone java je. Nokia Supernova7610. Phone ni dah dekat 4tahun saya pakai. Macam2 masalah dah timbul. Tapi sabar, pakai jugak.huhu. So, kali ni mama dah cakap nak belikan phone yang mengikuti standard terkini. hahaha. She ask me to choose. Walaupun ada banyak phone yang power gila2, saya tetap pilih yang takla power sgt sebab sesuai dengan penggunaan saya. Dah shortlist 5 phones yang menjadi idaman dengan spec yang bersesuaian, which are:
1. Sony Ericsson Xperia Mini Pro
2. Sony Ericsson Live With Walkman
3. Samsung Galaxy W
4. Samsung Galaxy Ace
5. HTC Wildfire S

Suke yg ni sgt!Galaxy ACE

Xperia mini pro

Galaxy W

And...those yang dah kne strikethrough tu dah out of list. Due to ketidakcantikannya.haha. Saya memang suke phone cantik. Kalau ikutkan performance, memangla Galaxy Ace jauh ketinggalan. Ye la android 2.2froyo, internal memory 150Mb je. Kalau compare dengan no.1 sume orang suruh pilih yang no.1. Tapi...phone tu cntik.ala2 iphone gtu.huhuhu..Galaxy W so-so dalam hati ni. Performance bagus,tapi kecantikan bese2 je. Mini pro performance bagus,cntik pon bolela. Tapi kecik.hm...takleh nak decidela skrg.tggu belek2 phone tu depan matala.huhuhuhu.

p/s:4hari lagi nak balik malaysia!tak sabar!tahun ni sambut kat malaysia!hoyeyh! =)))) 

Thursday, November 3, 2011

Stanza Cinta ii

Assalamualaikum.

Akhirnya harini khatam sudah drama stanza cinta ni. 2episod terakhir memang banyak bermain dengan emosi. Dan semalam saya dah agak - agak dah ending drama ni macam mana waktu bercerita dekat dia. Dari jalan ceritanya, saya agak ia akan berakhir sama seperti ketika cinta bertasbih. (movie Indonesia). Yang mana nak menunjukkan sesusah mana dan sekuat mana dugaan hubungan antara adam dan hawa, tapi kalau sudah tertulis mereka adalah jodoh buat satu sama lain tetap akan berlaku juga. Dugaan ni bukan mak tak suka sebab lelaki tu tak kaya atau typical reason dalam drama2 biasa. Tu yang menarik tu.hm

Dan stanza cinta berkahir dengan perginya Irfan pada hari sepatutnya dia menikahi amni kerana sakit SLE yang dideritainya. Dan akhirnya taufiq imran kembali untuk menjadikan amni isterinya setelah sebelum ini terpaksa membatalkan niatnya itu kerana mengikutkan kehendak arwah ayahnya yang sudah menjodohkannya dengan orang lain. Finally amni dengan taufiq. Kan betul tekaan saya..hehe

irfan ,amni, taufiq

Dan, kata2 didalam drama ni banyak bagi pengajaran, kesedaran, keinsafan.. Antaranya:
Jangan kita terlalu ikutkan rasa dendam dan marah terhadap seseorang dan enggan memaafkannya.
Kadang - kadang, kekurangan orang lain itu ladang pahala untuk kita. Supaya kita dapat memaafkan dia, mendoakan dia, memperbaiki diri dia, dan menutup aib dia.
Dan kita kena ingat, kita ini pun dihargai oleh orang lain kerana Allah menutup aib kita, kelemahan dan keburukan kita...
Wassalam =)

Wednesday, November 2, 2011

Stanza Cinta MoDe:ON

Assalamualaikum.

Penah dengar stanza cinta? Asalnya ia adalah sebuah novel which is saya tak pernah baca. And ia telah diadaptasi dalam bentuk drama di Tv3, Setiap hari Ahad, 9malam. Dan episod akhir dah pun ditayangkan pada 2oktober 2011 yang lepas. Genap sebulan yang lepas.hehe. Dan mungkin macam terlambat dan basi baru nak buat post pasal ni kot. Tapi disebabkan saya baru je tengok cerita ni dan tak habis pun lagi, jadi saya nak jugak buat post ni.huhu. Nak buat macam mana, saya tak duduk dekat malaysia. Balik pun sangat jarang.Nasibla belajar luar negara ni. Eceyh. Padahal Indonesia je.huhu

Pada awalnya saya rasa drama ini sama saja macam drama melayu yang lain. Tapi ada satu turning point yang buat saya semakin suka untuk menontonnya. Banyak mesej yang bagus dalam drama ni. Dan saya amat sukakan watak yang dibawakan yang bersifat manusia biasa yang bersederhana yang logik dan realiti. Suka sangat sampai ceritakan the whole story dekat si Dia on phone.hihi.Sayang nak habiskan menonton. huhu


Antara kata - kata yang memberi semangat dan menyentuh perasaan saya waktu menontonnya:

Jika kita semua ibarat daun
Jika kita tidak gugur hari ini
Pasti akan gugur juga pada hari yang lain

Jangan terlalu dimanjakan nafsu
Hapuslah airmatamu kerana itu hanya menjauhkan kita dariNya.
Biar semua orang yang kita sayang di dunia ini pergi meninggalkan kita, tapi tidak DIA.
Cintanya takkan pernah berkurang, malah bertambah biar ia direbut hamba2nya yang lain.
Sapulah dukamu, hiasilah jiwamu dengan cintaNya.
Ingatlah yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu

-taufiq imran-

scene dimana amni(nurfathia) yang biasanya kuat pegangan agamanya larut dibawa kesedihan yang teramat sangat setelah kehilangan sahabat baiknya akibat barah hati. Takdir menemukan dia dengan taufiq imaran(fizz fairuz) dalam keadaan itu dan taufiq memberi amni kata2 itu ditulis didalam sebuah buku untuk hadiah hari lahirnya.

Dan lagu tema stanza cinta ni "Kisah hati" by Alyah pun seolah2 menceritakan kisah antara mereka~


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu



Jika kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

p/s:Suke sangat =)

Wednesday, October 26, 2011

Hari yang penat tapi happy~

Assalamualaikum
Tak tahu macam mana nak mulakan bicara. Saya suka menulis bila hati saya senang. =) Hari ini hari yang menyenangkan. Terima Kasih Ya Allah. Biar penat menunggu, sampai tertidur duduk dikerusi, tapi entah kenapa tidak ada rungutan hari ini. Hati ini seolah dilapangkan DIA. Alhamdulillah~

Sebab itulah sabar itu dikatakan separuh dari iman. Sebab tidak ada kerugian buat orang - orang yang bersabar. Janji Allah itu pasti. Biar cepat atau lambat hikmah itu pasti muncul. =) Hari ni dapat ilmu baru. Kalau tak ikut kelas hari ni, mesti tak dapat ilmu ni kan? Biar menunggu dari jam 8 akhirnya hampir jam 1 baru dimulai, tapi ternyata penantian itu tidak sia - sia. =)

Lepas dari kelas, dapat ikut sama mendengar pembacaan kasus senior2 yg sedang clinical year. Memang sangat mencuakkan. Present kes sorang2 and kena tanya macam2. One day, saya pun akan melalui detik yang sama. Masa tu la sedar betapa tak cukupny lagi ilmu yang ada. Padahal clinical year tinggal kurg 2bulan lagi. Tapi, pengalaman tu memang berharga. Dapatla bayangan apa yg kita akan tempuhi nanti. Alhamdulillah Ya Allah. Hari ini hari yang memenatkan. Tapi saya happy~ =)

Wednesday, October 19, 2011

Pertemuan ini sudah ditentukan = takdir

Salam.

Terbatas, melihat hanya yang didepan mata, mengetahui apa yang sudah berlaku, itu manusia.
Keterbatasan manusia menunjukkan mereka hamba.
Tertakluk dibawah taklukan yang kuasa.
Ketertaklukan hidup manusia tertulis, itu takdir.
Sewaktu takdir terlaksana,
ada yang terluka berduka,
ada yang pasrah menerima,
ada yang tersenyum tertawa.
Tidak semua titisan airmata membawa sengsara, tidak semua lengkungan keatas bibir, bahagia.
Sebab tuhan tidak biar manusia hidup sengsara tanpa mengenal bahagia.
 Begitu juga sebaliknya. Itu Ujian.
Tatkala itu seorang manusia mengukir lengkungan bibir keatas, yang seorang lagi kebawah.
Tak siapa menyangka dua manusia yang tidak pernah sealur hidup bertembung disuatu titik.Takdir.
Yang satu menerima gembira, bahagia. Yang satu menerima perih, dendam.
Padahal keduanya menerima hal yang sama. Ujian. Tapi kenapa berbeza paksi terima?
Dan tak habis perih yang diterima salahnya dilempar ke penerima gembira.
Alahai manusia. Mainan takdir diatur tuhan.
Bukalah hati, terima. Hati yang paling jauh disudut itu.

p/s: dah lama tak tulis ayat2 cmni. =)

Wednesday, October 12, 2011

15 facts about girls

HERE'S 15 FACTS ABOUT GIRLS ..


1. Girls are inborn moody. When girls are having some bad mood, guys don't compete with
 
her anger.


2. When girls are sulking. Guys be ready to cuddle them, and be ready to say the secret
password "I love you". For sure, things will be okay.


3. Girls loves to hear sweet compliments, because for girls it inceases their self-confidence. Guys, if they have this new look, give them some attention.

4. When girls are too serious on something, guys for sure there's something wrong. If that's the case, guys did 
something, that girls don't like. So guys be alert. When girls says nothing, it means, there's something. Girls are just too shy to let us know. Guys force them to say something and after they say it. Everything will be back to normal again.

5. Girls are too jealous mankind. Therefore, guys stop flirting with other girls, especially in front of them. Take 
note, some girls are too quiet if they get jealous, they observe your every action. Guys, if you don't stop, expect world war 3!

6. Girls normally attract to handsome guys, but until their eyes only. Girls might attract to a 1 million guys, but their 
heart remain to the one they truly love.

7. Girls are very proud about their relationship like guys can't notice. Such as, in (Group text 
message), Facebook and TUMBLR.

8. Girls don't like short courtship. And girls don't like to ask something like, "When will you be my Girlfriend?", it 
irritates them. Guys should learn how to wait and be sincere.

9. If girls are sad or silent, they want a hug from guys, because it makes them feel better when 
guys hold them tight.

10. Girls love guys who have higher respect to girls. Such as, no kiss, if they don't want too. Instead, show them 
fondness in a nice way. Girls like guys to kiss them on the forehead, because it symbolizes, respect.

11. Girls are easily turn on to a guy who is very protective. Girls likes the feeling of being safe with her man.

12. Girls like guys in action, not in words. That's why most girls prefer guys they can see personally than text or 
chat.

13. Girls really love guys who shows effort, even without a special day. And girls loves to be treated as Princess.

14. Girls like guys who introduce her to his friends and especially to his family. They feel they are the luckiest 
woman on earth!

15. Girls are very pretenous, especially if they are badly hurt. When girls left all alone, that's the time they let their 
feelings out, that's the time they cry a lot. And that's why, girls love sensitive guys.


p/s: As for me,everything said here is true. All this 15 are me.

Tuesday, October 11, 2011

Family conversation


Its between me,him,my sister(amira) & my auntie(katak ko). tak taula kenapa benda ni pun nak buat post kat sini. Its just terasa bermakna. I'm hepi reading it all over again for thousands times. =)