Saturday, March 10, 2012

Siapa kata doktor kaya?

Salam and hi peeps!

Kali ni tetibe nak bercerita mengenai pendapatan seorang doktor yang dikatakan besar. Hidup pun mewah. Bila cakap study medic, orang pun mulala.Untunglaaaaaaaaaaaaaa DOKTOR. Nak tau untung tak untung, baca betol2 entry ni sampai habis.


Flow chart diatas ni menunjukkan jalur hidup kerjaya seseorang yang bakal dan bergelar doktor. Kalau tengok dari awal belajar je dah lama. Antara course yang paling lama la dibanding dengan course2 lain. Standard 5tahun. Ada jugak yang 6tahun. Habis je kene haousemenship(HO) atau bahasa melayunya latihan siswazah. Disebabkan ini version agak lama, (2006) setahun je tempohnya. Tapi sekarang dah jadi dua tahun. Selesai latihan siswazah (HO), dapatla jadi medical officer (MO). MO pulak wajib berkhidmat 3tahun. DAn flow seterusnya yang disebelah kiri, kenaikan pangkat tanpa meneruskan ke peringkat specialist. Kalau yang kanan untuk yang masih punya kudrat dan minat untuk teruskan sampai peringkat specialist. Apa beza antara jalur kanan dan kiri? Biarpun pangkat sama, tapi haruslah ada beza. Lanjut ke yang seterusnya dibawah.


Rajah diatas adalah anggaran pendapatan untuk yang memilih jalur kiri. Kenaikan pangkat dan gaji tanpa meneruskan ke peringkat specialist. Tengokla sendiri. Banyak sangat ke dibanding dengan kesibukan dan masa kerja yang panjang? Kaya ke? Terserah penilaian anda.

Rajah terakhir ni memangla nampak sedap je jumlah dapat tiap bulan. Tapi masa yang diambil untuk sampai ke tahap ini? Kalau perkirakan untuk diri sendirila kn paling cepat boleh rase pegang berbelas ribu perbulan mase umo dah 34tahun. Tapi,kuat ke?he..InsyaAllah kalau ada rezki. =) Tapi pengorbanan masa dan tenaga tu amatlah besar. Selaku seorang perempuan, dalam menginginkan kerjaya yang bagus, tak pernah melupakan impian membina keluarga yang harmoni, bahagia..Tapi boleh ke seimbangkan semuanya?Wallahualam..Usaha yang terbaik, ketetentuan ada padaNya. InsyaAllah itu yang terbaik buat kita =)

p/s:jadi,sesiapa yang nak doktor kaya, takkan ada yg muda - muda.Yang tua banyak =P Tapi..bintang saya jangan.saya punya! =D

Tuesday, March 6, 2012

Dear babies..

Salam.
Dear babies, kakak miss you guys sooooo much!
Your cuteness, your laugh, always make me feel better, makes me forget about problems,adult stuff..
I wish you guys are here. So that i dont feel empty and forget about other things.
Really, i miss all of you. ='(






p/s: I dont need anybody else. I just need Allah, mama, abah, adik2 and of course the babies. I really wish everyone are here with me =(

Thursday, March 1, 2012

Menjadi yang terakhir...

Salam and hello peps!
Entry yang insyaAllah bermanfaat walaupun terselit cerita peribadi ;)

Its been a while since the last time i wrote something here. Agak sibuk. apa lagi exam dah sangat dekat. Today, officially baru habis clinical skill. Skill yang paling memenatkan, cardiopulmonary resuscitation or orang selalu panggil CPR. Sebenarnya skill ini amat penting diketahui dan dipelajari umum sebab indikasi melakukan tindakan ini adalah pada orang yang nadi karotisnya tidak teraba atau macam yang anda biasa lihat di drama - drama, nadi yang orang raba kat leher tu. Yang mana ia menunjukkan bahawa mangsa mengalami henti jantung.

Bayangkan kalau jantung berhenti,mesti mati kan? Ternyata sebenarnya jantung itu masih boleh berdegup jika dilakukan tekanan pada titik tertentu didada dengan frekuensi tertentu dan kekuatan tekanan tertentu. Hati - hati, terlalu kuat boleh menyebabkan mangsa cedera lebih parah dan tidak cukup adequate pun sia - sia jugak. Kat mana - mana pun sekarang dah banyak diajarkan CPR kn? Jadi tak perlula rasenya saya membebel panjang - panjang pasal teknik CPR ni. Google je mesti banyak. Yang saya excited nak cerita pasal teknik menggunakan defibrillator ataupun satu alat yang menggunakan elektrik untuk memberi renjatan dan mengembalikan degupan dan irama jantung. Ala, alat ni pun banyak kat drama - drama. Rasenye korang tau kot.

CPR biasanya dilakukan 5cycle dengan tiap satu cycle 30kali tekanan pada dada dan 2kali bantuan nafas mouth to mouth or pakai ambu bag. Dan kalau keadaan masih tidak berubah ulang lagi cycle yang sama. Kalau tak berubah jugak bagi adrenalin. Tak berubah lagi inilah masanya untuk defibrillator. Set smpai 360j, dengan satu pad pada apex jantung dan satu lagi bertentangan, lakukan proses defibrillasi.

Posisi pad defibrillator tu mcm ni la

Selaku kumpulan terakhir belajar resuscitation ni kami satu - satunya yang dapat ilmu teknik ini dan selaku orang terakhir yang melakukan CPR, saya berpeluang melakukan sendiri teknik defibrillasi. Seronok dengan ilmu baru dan peluang yang diberikan. Rase sangat bertuah, Alhamdulillah~ =)
Menjadi yang terlambat atau yang terakhir tidak sentiasa negatif dan merugikan. Allah telah menetapkan sesuatu mesti berhikmah. Sabar, dan nantikan saja. Dia perancang yang terhebat. Sama jugak macam menjadi yang terakhir buat seseorang yang istimewa. Bukankah ianya sesuatu yang terindah? =)
Semoga hari anda juga dipenuhi hikmahNya. Sekian.

Thursday, February 16, 2012

Doktor Umum Yang Baik..

Assalamualaikum and hello2 peeps!

Entry yang agak panjang, serious tapi penuh dengan info.
As promised, this time i will share a very good lesson that i learned yesterday. Semalam, kami telah diberi satu case emergency & traumatology. So,basically, we have to crack the case. For your info, the most important thing in traumatology cases are time. Yes, time. Setiap saat itu berharga. Anda terlambat sesaat, patient mati. Letak kebelakang persoalan "Patient ni sakit apa? Apa diagnosis dia?" Tapi pentingkan "adakah saluran pernafasan dia clear? Ada tak keadaan yang boleh menyebabkan dia mati mendadak? Apa yang boleh saya pakai disekeliling saya untuk menyelamatkan patient tersebut?" Itu adalah contoh - contoh persoalan yang patut dan tidak patut wujud dalam fikiran sewaktu anda menghadapi patient yang mungkin saja anda temui dimana - mana. Tidak kira diatas jalan kerana kemalangan jalan raya, di shopping complex kerana sakit jantung, dan sebagainya.

Buat pengetahuan umum, tugas menyelamatkan nyawa ini tidak tertakluk dan terpikul diatas bahu manusia yang digelar doktor sahaja. Sebab, anda tidak boleh mengharapkan doktor boleh berada dimana -mana. Kalau dihospital mungkin. Tapi kalau ditempat - tempat umum? Oleh kerana itu, ada yang namanya BLS atau basic life support. Yang memang diajarkan kepada orang umum supaya boleh menangani sendiri kes - kes emergency sebelum kedatangan doktor ke tempat kejadian. BLS ini termasuklah memastikan patient bernafas dengan baik tanpa masalah sumbatan pada jalan nafas. Malah sampai ke satu teknik bantuan pernafasan "Cardiopulmonary resuscitation" atau CPR boleh dilakukan orang umum kepada pesakit yang mungkin jantungnya terhenti. Oleh itu, harus bagi setiap masyarakat menyedari kepentingan menguasai teknik - teknik sebegini. Supaya tidaklah nanti ada kecemasan yang terjadi, patient yang sebenarnya boleh diselamatkan, mati begitu sahaja kerana dibiarkan tanpa pertolongan awal gara - gara menunggu doktor sampai. Kasihan...

Buat pengetahuan umum juga, emergency and traumatology juga menekankan prinsip "gunakan apa sahaja yang ada disekeliling anda untuk menyelamatkan mangsa". Contonhya, jika didapati mangsa mengalami suatu keadaan yang disebut "Tension Pneumothorax" dimana berlaku pengumpulan udara dalam rongga pleura yang menempatkan peparu sehingga menolak peparu kearah bertentangan dan menyebabkan ianya gagal untuk mengembang, lantas mengganggu pernafasan normal. Keadaan ini sangat bahaya dan perlu diatasi dengan segera.


Tindakan yang seharusnya diambil kalau dihospital adalah thoracocenthesis dengan menggunakan jarum yang sterile yang ditusuk dibahagian tertentu(2nd intercostal space) untuk mengeluarkan udara terperangkap. Namun, jika keadaan seperti ini ditemukan dijalanraya mahupun ditempat - tempat awam, orang yang berpengalaman melakukannya harus melakukannya dengan apa saja. Boleh jadi dengan pen atau apa - apa saja yang boleh menusuk dan mengeluarkan udara terperangkap. Jadi, anda jangan terkejut seandainya anda ternampak tindakan seperti itu dilakukan. Dan buat orang yang melakukannya juga, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih kepada mangsa.

Dan...banyak lagi keadaan - keadaan lain yang terlalu panjang untuk dijelaskan dalam satu post. Almaklumla ini bukan post yang copy paste,original typing sebijik - sebijik dari saya sendiri.huhu. And as the discussion goes further, banyakla kemungkinan - kemungkinan yang dikeluarkan yang mungkin dihadapi oleh patient didalam case tersebut. Secara ringkasnya, didapati mangsa tersebut tachypnea (bernafas dengan cepat) dan nadi radialnya tidak teraba. Kemungkinan tersebesar dia mengalami shock! Boleh jadi hypovolemic shock kerana kekurangan cairan yang boleh disebabkan kerana perdarahan dan dehydration, boleh jadi cardiogenic shock kerana masalah - masalah jantung, boleh jadi anaphylactic shock kerana allergy reaction dan sebagainya,

Dan pada saat saya mengutarakan sesuatu sebagai jawapan kepada pertanyaan2 sdaripada pecialist tersebut, komen yang sering saya dapat adalah "apa yang kamu kasitau itu sudah benar,tapi masih ada penjelasan yang lebih tepat lagi." Berulang - ulang kali. Sehingga akhirnya "Saya tau kamu itu sangat memahami konsep bagaimana terjadinya sesuatu keadaan darurat dan bagaimana timbulnya sesuatu kondisi penyakit. Akan tetapi, adalah lebih bagus kiranya kamu bisa memberi jawaban yang lebih akurat. Dengan kondisi sekarang, kamu sudah bisa menjadi doktor umum yang baik, tapi untuk menjadi spesialis, nilai itu kamu harus pelajari dengan lebih banyak lagi" I take it as pujian, and also galakan. FYI, specialist ni orang indonesia. Sebab tu cara bercakapnya macam tu. Yang dimaksudkan sebagai doktor umum itu adalah doktor biasa. The person who medical student will become after they graduating from their 5years medical program. Menjadi doktor umum yang baik memang adalah matlamat jangka pendek yang ingin saya capai. Jadi, Alhamdulillah bila ada specialist yang sudah menganggap saya boleh menjadi doktor umum yang baik. Saya tidak mendabik dada dan menyatakan saya sudah cukup bagus tapi cukup jika saya sudah terarah kearah itu. Alhamdulillah~

Biar saya bukan student yang paling cemerlang disini atas penilaian gred, tapi saya ingin menjadi yang cemerlang atas dasar ilmu. Kerana tidak ada gunanya belajar untuk A kerana sesudah kita mendapatkannya pasti ilmu itu akan hilang. Tapi kalau kita belajar untuk ilmu, insyaAllah A juga akan menyusul, malah ilmunya berkat dan insyaAllah konsep ilmu itu kekal untuk jangkamasa yang panjang. Semoga post kali ini dapat memberi sedikit sebanyak info dan kebaikan untuk yang membacanya. Salam =)

Tuesday, February 14, 2012

Konsep blog?

Salam sejahtera keatas kamu n hi! =)
Mood sopan, pakai saya.
Saya dah berblog lama..Biar tak dicommercialkan tapi saya puas. Selain menulis, saya suka membaca. Biasanya, setiap blog ada konsep masing - masing. Antara yang saya pernah baca dan masih membacanya, berkonsepkan nak tembak orang je dengan bahasa kasarnya iaitu blog SARKASIS, blog yang menceritakan kisah hidup dan pengalaman seorang doktor iaitu blog SAYA DOKTOR, blog yang menceritakan tentang makanan seluruh malaysia ala - ala jalan - jalan cari makan, blog yang sentiasa mengutarakan pendapat tentang sesuatu isu iaitu blog MYNAMEISNAMEE..Dan paling banyak dan bersepah personal blog. Blog saya pula dikategorikan sebagai blog personal? Or lebih tepat lagi rojak?hm..

Dan kalau boleh terlintas dihati ini, mulai saat ini saya ingin menyumbang sesuatu melalui minat menulis ini. Jadi saya fikir, elok kalau saya ingin jadikan blog ini lebih terarah dan dapat memberi manfaat kepada orang yang membacanya. Bila dah ada matlamat yang jelas, barula boleh commercialkan, ye tak?

Jadi,kemungkinan besar saya ingin mengikut jejak langkah Dr.Azzad penulis blog saya doktor. Dia sentiasa memberi informasi tentang dunia perubatan berdasarkan pengalaman peribadinya yang sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat bakal - bakal doktor atau sesiapa pun. Biarpun sekarang sudah jarang dia hadir dengan entry baru, mungkin kerana keterbatasan waktu. Anything that i learned, or anything that i will learn in future i will try to share it here. Semoga ada kelapangan waktu untuk itu. Semoga niat ini boleh terlaksana dan memberi manfaat untuk semua. Tak rugi berkongsi ilmu kan? Ia takkan pernah berkurang apabila dikongsi malah akan terus bercambah insyaAllah...Jom belajar dan berkongsi! =)

Monday, February 13, 2012

Pembaca blog

Salam sejahtera ke atas kamu.. And hi! =)

Yeah..Idea mencurah - curah..Sifat kerajinan dah sampai untuk menulis. Sebab tu ada je post baru kat sini. Hehehe. Post kali ini ideanya dicetuskan oleh beberapa pembaca blog yang menyuarakan beberapa idea yang nampaknya aku takkan buat sebab aku ada sebab aku yang tersendiri.

Adala beberapa kawan pembaca setia disini komen, "Kenapa kat blog ko tak boleh komen? Macam mana orang nak bagi pendapat dan saranan?" "Ko tak nak letak link - link ke kat blog ko? Barula senang orang nak lawat blog ko balik?" "Cara ko cmtu ada ke orang nak baca blog ko?"

Jawapannya adalah...Aku sengaja disablekan komen sebab memang tak nak orang komen, kutuk, publicly. Sebab aku menulis hanya untuk orang baca. Orang yang aku kenal. Aku tak nak orang yang entah siapa - siapa baca lepas tu komen bukan - bukan and judge aku padahal dia kenal aku pun tak kan? Selalu aku tengok blog - blog yang faymes tu perrrrrrrgggghhhhhh..Komen baik banyak. Yang tak baik lagi banyak. Komuniti pendengki ni banyak sebenarnya. Maklumla. Dunia akhir zaman. Jawapan untuk  soalan kedua memang aku sengaja tak nak letak dengan alasan yang hampir sama, tak nak ramai sangat strangers yang baca blog aku. Biarla kalau tade orang nak baca pun. Yang penting aku happy and bahagia menulis apa yang aku rasa nak tulis. Ha. lagi satu. Kebiasaannya aku menulis apa yang aku lihat banyak berlaku dalam masyarakat hari ini and relatekan dengan diri aku sendiri. MASYARAKAT disini boleh jadi sesiapa sahaja. Anda kena ingat, KEBETULAN itu wujud. Aku tidak pernah menuding jari pada orang  - orang tertentu. Tapi oleh kerana mungkin pembaca tersebut terlupa wujud istilah KEBETULAN dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, jadi aku telah dimaki - maki. Sabar jela~ Tu tanpa sebarang link and publisiti terhadap blog ni tu. Kalau aku dah promote - promote, terfeymes (ok,aku bermimpi disiang hari), silap - silap kena simbah asid pulak. Gulp! Nauzubillah. Mintak jauh~ Jadi segala pertanyaan sudah dijawab. Sekian, terima kasih =)

p/s: kalau anda tidak suka penulisan saya, sila jangan type nama saya diruangan search website tu ok? =P

Sunday, February 12, 2012

Fashion Victims!

Assalamualaikum & Hye! =)
Kali ni nak pakai akula.Santai sikit.

Dunia zaman sekarang, semua benda berkembang pesat. Teknologi terutamanya dan tidak ketinggalan fashion. Tapi kadang - kadang, semakin dunia menganjak usia, semakin pelik - pelik trend fashion yang ada especially yang diminati dan diikuti anak - anak muda. Dari pemerhatian aku, ada beberapa trend yang sangat banyak diikuti anak - anak muda zaman sekarang. Antaranya:

1) Nerdy glasses
2) Fake eyelashes
3) Fashion "muslimah" yang bermacam - macam nama
4) Colored contact lenses
5) FAKE BRACES???

Dan kalau anda perasan, fashion ni sebenarnya recycle semula je. Misalnya nerdy glasses, orang zaman dulu - dulu dah lame pakai spec besau - besau ni. Pastu start jadi kecik even ade yang frameless and sekarang keluar balik yang besar - besar atau ramai orang panggil nerdy glasses untuk mendapatkan nerdy look. Kalau memang rabun takpe. Ini kebanyakan yang pakai tak rabun pun. Saje nak berfashion. Ish,membazir je.


Next, fake eyelashes. Memangla nampak cantik, tapi buat yang muslim,jgn lupa. Segala yang fake hukum memakainya adalah haram. Aku sendiri admire dengan kecantikan orang bila dah pakai fake eyelashes ni. Tapi disebabkan ianya HARAM, maka tak penah sekali pun aku beli, apa lagi memakainya. Pertama, ikut perintah agama. Kedua,jimat! See..tidak ada hukum dalam agama yang menyusahkan dan membebankan umatnya. Malah,lebih memudahkan lagi ada. =)

Biar bulu mate tak melentik. Yang penting cukup sifat. All praise to Allah. Alhamdulillah~

And..Walaupun aku ada listkan 5trend fashion yang paling banyak diikuti anak - anak muda zaman sekarang, (yang tak muda pun ada yang ikut rasenya) tapi aku skip yang lagi dua sebab tak sesabor nak ulas pasal yang satu ni. FAKE BRACES! Sebelum tu, aku juga pemakai contact lense. Tapi bukanla yang warna - warna. Tak sukala. Tak neutral. And aku tak pakai atas nama fashion, tapi sebab aku rabun ok! And aku pakai spec hanya di bilik sebab aku tak suka nerdy look!haha.

 Ok, back to fake braces. Aha..buat yang tak tau, fake braces ni biasanya dipakai oleh orang - orang yang dah bergigi cantik dan teratur tapi diorang rase pakai braces tu cantik smpai sanggup letak biji - biji besi kat gigi tu sebagai eksesori. Manusia hai manusia. Dimana rasa syukurmu? Kalau akula diberi pilihan, aku tak mau pakai braces. Da la makan sangkut - sangkut dekat besi and dawai tu, tiap - tiap bulan kene pegi dentist untuk ganti band. Pastu 2,3 hari tak boleh makan macam biasa sebab sakit. Tapi dah nasib gigi buruk sangat..Sampai confidence diri jatuh sebab gigi. Terpaksala pakai. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan. Dan sekali lagi, aku pakai bukan untuk berfashion tapi sebab keperluan.

Ni pun dah hampir setahun pakai. Baru dapat rasa confident sket.hehe

Banyak lagi sebenarnya trend - trend yang semakin menjadi - jadi sekarang ni sampai tak larat nak ulas pasal semua tu. Cukup - cukupla ni. Jadi, aku rase memang banyak manusia sekarang adalah fashion victims! Anda rase?