Thursday, December 27, 2012

Sebab blog ni sunyi


Senyuman hanya di dalam gambar. Eye bag 1kilometer dah boleh nampak, Kat tangan tengah pegang status patient baru yang tak pernah putus. Kaki sakit, lutut sakit. Nak duduk 10 minit pn susah. Yang dalam full patient. Tak kira yang bersepah2 dekat luar lagi, Itulah penangan kat Emergency unit T.T Kami berkhidmat free untuk anda, tanpa gaji.Untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, November 29, 2012

Istikharahku belum terjawab..

Assalamualaikum.
Salam khamis =D
Alhamdulillah, dah 24tahun 2 hari dah umur ni bertambah. Bertambah dan terus bertambah tanpa ada brek sedikit pun. Semakin menginjak usia, berbezala pula cabaran yang setiap orang hadapi. Kalau dulu, ada conflict dengan kawan sekolah sebab terpatahkan pencil color yang dia baru beli pun kita rasa benda tu satu hal yang besar. Tingkat masalah yang dihadapi sesuai dengan usia. Semakin besar angka usia, semakin banyak dan semakin serious conflict yang bakal dihadapi.



Sekarang, mari berbicara tentang aku. Dimana - mana dalam dunia ni. Gadis - gadis dan jejaka - jejaka seumuran, topik favourite "kawin". Percayalah, biar tengah berbicara pasal apa pun, kerjaya, pendidikan, keuangan, pada akhirnya pasti akan ditimbulkan hal yang sama. "Kawin"! Sebab?Range umur 22-26 adalah range umur paling sering orang memulai alam rumahtangga. Tapi, kawin tak senang. Pilih calon yang tepat tak senang.....

Kenapa dekat blog jugak aku nak tulis semua ni? Sebab blog tempat aku berekspresi dengan bebas.Ah..tak penting buat kalian. Yang penting kepuasan dan keselesaan aku sendiri.Macam mana aku nak mulakan ni..hm..

tak jadila.bye. ='(

Sunday, October 28, 2012

Aidiladha sang perantau

Salam.
Title nak gempak.
Tapi hakikat. Nak buat macam mana lagi kan?
Alhamdulillah raya kali ni cuti. Dapatla rasa suasana raya  bersama perantau2 lain.
Walaupun teramat sedih x dapat raya dengan keluarga, smpai menangis malam tu lepas call mama.
Sayu dengar takbir.Tsk2.
Apa pun. Alhamdulillah. Junior2 and kawan2 penceria suasana.

Dengan teman seangkatan. Kesian dia tak cuti hari tu

Pagi - pagi menjoyah. Sambil2 masak sarapan untuk semua. =P

Dah sedar kamera, posingla.hehe

Salam Aidiladha! =)

Friday, October 5, 2012

Happy birthday!

Saya tidak lupa. Saya juga tidak melupakan.
Doa menjadi hadiah terbaik dapat saya berikan.
Maaf kalau ia terasa seolah terburuk yang pernah kau terima.
Tapi percayalah. Ianya yang terbaik.


Wednesday, October 3, 2012

Neonatal Intensive Care Unit (NICU)

Salam.
My 4th Cesarean section baby for that day
Bertugas di NICU, ditemani bayi - bayi baru lahir, berpenyakit, tidak cukup bulan, berarti aku harus tinggal menetap di situ. Sebab?Mereka memerlukan intensive care. Keadaan mereka boleh berubah dengan sangat drastik dalam hitungan saat saja. Tiada social life? Ye,mungkin. Mungkin aku kehilangan satu kehidupan tapi aku peroleh satu kehidupan yang lain. Mengorbankan kehidupan sendiri untuk kehidupan bayi - bayi yang baru mulai mengenali dunia luar. Tapi kasihannya mereka tidak seperti aku dulu yang lahir sihat, langsung boleh bernafas sendiri, lansung boleh tidur disamping mamaku tanpa sebarang masalah. Syukurnya Ya Allah.
Ape pun, pengalaman ini sangat bahagia. Keluar dari situ buat aku rasa rindu pada mereka semua. Semoga bayi - bayi tersebut boleh bertahan dan terus berjuang untuk hidup!

My favorite baby girl

The doctors. Doctors to-be and specialists to-be

Sunday, September 16, 2012

Kesibukan membataskan banyak hal.

Ye, kesibukan memang membataskan banyak hal. Hubungan antara sesama teman terbatas, hubungan dengan dunia maya terbatas, pengurusan hidup terbatas. Kerja, kerja, kerja. Hasilnya? Tengokla berapa bulan dah tak berisi blog ni. Maaf.

Secara ringkasnya, sepanjang blog ni sepi, banyak turun naik dalam hidup ni. Kesibukan, kepenatan, kesedihan, kegembiraan. Tahun ni memang tak beraya langsung. 3minggu of syawal berada di hospital. Tak balik - balik. Even ke tempat sewaan sekalipun. Tapi, bak orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kegembiraan buat diri sendiri kurang, tapi kegembiraan yang kita dapat dengan menggembirakan orang lain itu ada. Setiap ucapan terima kasih dari keluarga patient selepas anak - anak mereka sembuh dan boleh discharge buat hilang rasa penat. Setiap kelahiran baru membuatkan bibir ni tak henti tersenyum. Pengalaman yang tak semua orang boleh rasai.

Teamwork is important. Kalau takde diorang, setengah mati buat keje

Kadang - kadang memang akan terasa "kenapa jalan ini yang aku pilih?" Apa lagi kalau stress, teramat penat, hidup sendiri tak terurus. Tapi dengan fikiran yang jernih baru aku sedar, tiada yang mudah dalam hidup. Mati juga tidak mudah. Setiap satu itu beza - beza cabarannya. Tidak ada yang mudah. Jadi, bertahan dan teruslah bersemangat! This is the path u choose. This is what god choose for u to live with. Just say Alhamdulillah. IsyaAllah everything will goes well. *Positive thinking*

Personal life?hm. Perasaan dilamar lelaki untuk menjadi seorang isteri dan perasaan dilamar untuk menjadi seorang kekasih itu benar - benar berbeza kan? Anda akan rasa lebih dihargai dan dihormati. Ternyata ada lelaki yang tidak berniat menjadikan anda hanya perhiasan disampingnya tapi sebagai peneman hidupnya. Wah. Aku perlukan bantuan nasihat dari semua. Ini betul - betul sesuatu yang amat besar dalam hidup.

Pada akhirnya, semoga setiap apa yang telah dilakukan dan bakal dilakukan tiap hari boleh menyenangkan semua orang. I wish.

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday


White coat & stethoscope lambang tanggungjawab