Friday, May 11, 2012

Istiqamah

Salam jumaat. Sayyidul Ayyam yang penuh berkah. =)



Istiqamah secara skemanya bermaksud berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam keadaan apa sekalipun. Tapi dari pandangan dan kefahaman saya, juga bahasa mudahnya adalah, kita konsisten dalam melakukan sesuatu. Tidaklah sekejap buat sekejap tinggal. And of course sesuatu itu adalah sesuatu yang baik. Konsisten dalam melakukan sesuatu yang baik, tidak tertakluk hanya dalam hal ibadah dan hal agama tapi juga hal - hal terkait pekerjaan, kesihatan dan kehidupan.

Jadi sudah semestinya istiqamah itu sesuatu yang baik dan patut dilakukan, bukan? Tetapi ia juga adalah sesuatu yang sangat susah, memerlukan keazaman dan kesabaran yang sangat tinggi. Memang cabaran besar buat manusia biasa apa lagi buat umat akhir zaman ini. Dengan pengaruh persekitaran, tak campur rasa malas lagi. Sebab tu la imam muda asyraf cakap "mahalnya mahar istiqamah"


Contoh terbaik, seorang perempuan yang dahulunya tidak menutup aurat dengan sempurna tergerak hati ingin menjadi muslimah sejati. Yang dahulunya sukakan berfashion. Heels,wedges,shawls pelbagai gaya ingin berubah menutup aurat dengan sempurna. Minggu pertama mungkin kelihatan mudah. Sebab keinginan yang masih menebal dan perasaan yang masih berkobar - kobar. Dahulunya tidak memakai stokin/sarung kaki, tidak memakai stokin lengan, berpakaian yang agak mengikut bentuk tubuh, tidak melabuhkan jilbabnya kedada ingin berubah kepada yang sebaliknya. Ketahuilah cabaran untuk terus kekal dengan penampilan muslimah sejati dari penampilan asalnya adalah amat tinggi. Tidak ramai yang mampu secara keseluruhannya. Ramai yang tewas termasuk saya ='( Lama - lama rasa malas nak pakai semua tu. Lama - lama rasa rindu nak pakai cantik - cantik. Lama - lama rasa selekeh pakai baju besar - besar. =( Saya amat kagum pada yang mampu melakukannya. Anda memang kuat dan hebat. Ada. Bukan tidak ada. Satu dalam seribu. Mereka idola terbaik saya. Dibanding dengan saudari - saudari yang memang dari kecil dilatih berpenampilan muslimah, mereka yang berhijrah dan mampu istiqamah lebih saya kagumi. Nak jadi macam korang jugak!!

Still, istiqamah tak sempit perbahasan untuk agama saja. Untuk kesihatan misalnya. Buat yang sakit, istiqamah makan ubat supaya cepat sembuh. Bila dah sembuh boleh sempurnakan ibadah yang patut. Buat menjadi sihat istiqamah untuk exercise. Takla obese. Nanti macam - macam penyakit boleh datang. Dan baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagila. Jadi, jom cuba kuatkan diri untuk istiqamah nak? Jom!


Semoga entry ini ada manfaatnya. =)

Thursday, May 10, 2012

Kongsi Resepila Pulak "Ayam masam manis tomato?"

Salam..
Teramatla bosan tengok blog sendiri terbengkalai. Sepi je..
Meh. Buat pertama kalinya nak share satu resepi yang common tapi first time ubah suai tengahari tadi.
Biasa dengar dan rasa ayam masam manis kan? Mesti macam ala..boring je.Tade resepi lain ke?
Kelainannya hanyalah pada saya sebab ni percubaan pertama saya gantikan bahan yang biasa dengan bahan yang lain. Apa dia eh? Jom2. =)


Bahan - bahan

1)Harusla ada ayam
2)Bawang merah, bawang bombay
3)Bawang putih
4)Tomato
5)Sos tiram
6)Sos cili
7)Kicap
8)Lada hitam
9)Daun bawang
10)Garam,gula & air

Cara memasak:

2persons portion

1. Ayam dipotong ikut selera masing - masing. Dalam resepi ni saya pakai 4ketul ayam. Yang dah dibersihkan, dilumur dengan kunyit dan sedikit garam. Kemudian digoreng tidak terlalu garing.
2. Bawang merah yang kecil dalam 5ulas dan 3ulas bawang putih dikisar bersama setengah biji tomato. Dikisar halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar tadi sampai naik bau.
4. Tambahkan sos tiram, sos cili, lada hitam sesedap rase. Pandai2la agak ikot kepakaran.hehe
5. Potong bawang bombay ikut kesukaan sendiri dan masukkan sekali
6. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi
7. Tambahkan garam, gula dan air secukup anda rasa best
8. Agak - agak dah berbubble2 mendidih angkat.
9. Hidangkan dengan menaburkan daun bawang yang dah dipotong sebagai finishing touch.

Yang bezanya kat resepi saya ni pakai tomato instead of sos tomato untuk masam and pakai lada hitam instead of cili merah untuk aura pedas.Hehe. Selamat mencuba. Sedap!Tapi still tergantung pada kepakaran anda mengagak kuantiti bahan - bahan yang ditambah sesedap rase.hehe. Ni original tau. Tak copy paste mana - mana. ;)

Thursday, April 19, 2012

Post copy paste je..

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.... 



sumber:fb

Thursday, April 12, 2012

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih

Assalamualaikum and hye! =)

Macam mana hari ni? Everything is ok? Firstly, jangan lupa, Alhamdulillah...Masih hidup, masih bernafas, masih sihat, masih dapat makan,minum and buat aktiviti - aktiviti macam biasa. Hidup ni sekali ni je la. Biar banyak dugaan, banyak cubaan, dihadapkan dengan kesusahan, ini je la sekali kita merasa yang namanya hidup. Mati itu pasti. Kehidupan selepas mati itu pulak berbeza dengan kehidupan dunia. Dan kita tak tau pun realiti disana macam mana. Tak pernah ada yang sudah mati bangkit dan bercerita begitu begini kehidupan disana. Yang ada, apa yang digambarkan dalam kitab kita.

Tapi,sedar atau tidak, ramai orang tahu kewujudan kenikmatan syurga dan seksaan neraka. Tapi, berapa ramai yang benar - benar yakin? Apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya macam ni. Manusia ni susah nak betol - betol meyakini sesuatu yang hanya dibayangan. Yang belum benar - benar dirasai. Contoh, pasti ramai yang penah merasai macam mana kepanasan minyak yang mendidih. Kalau yang pernah memasak, pasti pernah terkena percikan minyak tersebut. Agak menyegat kan? Jadi, kalau disuruh seseorang itu mencelupkan tangannya diminyak yang sedang mendidih, pasti tidak ada yang mahu. Sebab, mereka yakin dengan kepanasan minyak itu. Sebab mereka penah rasa dan ianya real! Tapi sayang, keadaan ini tidak diaplikasikan untuk kehidupan selepas kematian. Dimulut kata yakin adanya syurga dan neraka. Tapi perjalanan kehidupan sehari - hari macam cakap tak serupa bikin je. Yakin ke tidak sebenarnya? Persoalan ini bermain dalam kepala saya sendiri dan tak salah jika saya kongsikan bersama. Bukan sebab saya sempurna. Kalau nak tunggu jadi manusia sempurna baru dapat kongsikan sesuatu yang bermanfaat, alamat takdela dalam dunia ni orang  - orang yang menyebarkan kebaikan. Ingat! Tiada manusia yang sempurna.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Peribahasa ini sangatlah sesuai merujuk pada kehidupan seharian kebanyakan penduduk dunia, kehidupan sementara ni. Ye la, kalau kita nakkan sesuatu tu, betol - betol mahukannya biar susah macam mana pun mesti kita usaha and fikirkan macam - macam supaya dapat dan tercapai jugak. Tapi,kalau dah tak nak, biar sebenarnya benda tu senang je nak capai takde alasan pun kita akan wujudkan alasan. Betol tak?

Biasanya hal - hal dunia memang orang nak seribu daya. Tapi hal - hal akhirat pulak jadi tak nak seribu dalih. Berapa ramai sanggup mengikat perut, saving tiap - tiap bulan nak dapatkan gadget - gadget terkini, ataupun memenuhi hasrat melancong sana - sini? Ramai kan? Ramai sangat. Sampaikan rajin berpuasa sunat. Bila ditanyakan, rajin puasa? Ala, nak jimat....hm...Berapa ramai yang sanggup bersengkang mata menahan tidur sebab nak tengok perlawanan - perlawanan tertentu? Ramai kan? Ramai sangat...Sebab apa? Sebab benda macam tu boleh ditayang, boleh dibanggakan...Kita la paling jaguh. Yang kita sokong hebat.Akula paling update. Kau ketinggalan zaman. Ini itu pun tak tau...hm...

Bab tak nak seribu dalih pulak. Bersengkang mata untuk hal dunia takpe. Tapi diajak qiamullail, alasannya esok keje, nanti mengantuk,susah nak bangun time2 macam tu dan macam - macam lagi. Melambatkan solat. Alasan baru balik dari kerja seharian dari malam smpai ke malam. Doktorla katekan. Nak rehat sekejap barula khusyu solat. Realiti. Samala jugak dengan hal menutup aurat. Saya cerita yang pada diri sendiri saja. Tudung boleh je dilabuhkan menutup dada. Tapi, bila tengok2 balik cermin, macam selekehla camni. Tak kemas. Berdalih je kerjanya. Sampai tak ingat hukum tuhan. ='(

Sudah - sudahlah dengan alasan. Dekat dunia sementara ni bagilah berjuta alasan. Nanti disana alasan apa pun tak boleh nak pakai dah. Tak terlambat untuk mengubah dan berubah. Semoga kita masih boleh dan layak menjadi golongan yang menerima buku catatan amal dengan tangan kanan kita kelak. Amin...Dalam usaha mencari syurga.. Semoga entry ini membawa manfaat buat semua

Tuesday, April 10, 2012

Sakit itu kan ujian..

Assalamualaikum and hye! =)

Manusia ni banyak keterbatasannya. Sebab kita hamba. Kun fayakun tuhan kata, maka jadilah sesuatu tu. Dekat dua minggu jugak saya sakit. Sebab tu la sunyi semacam je blog ni kan. Sakit yang memang sakit btolla. Sampai masuk emergency, kena pakai oksigen sebab sesak nafas. tuhan sajalah tau betapa sempit rasanya dada ni. Betapa tak cukupnya nafas ni waktu tu. Untung saya masih ingat tuhan, masih punyai kawan - kawan yang banyak mengingatkan untuk sabar,yang mengingatkan semua ini ujian. Sebab Allah tidak pernah membiarkan seseorang itu mengaku atau mengatakan dirinya beriman sedangkan dia tidak diuji. Dan ujian yang diberikan tidak pernah diluar kesanggupan hambanya. Ramai jugak yang menyatakan betapa beruntungnya saya sebab tuhan pilih saya untuk diuji. Asal saya tidak merungut, malah bersabar dan bersyukur kerana dipilih dan terpilih. Alhamdulillah..


Dengan sakit, Allah ingin menambah pahala hambanya. Pahala beribadah untuk orang yang sakit itu lebih besar dari orang yang sihat. Ingatlah kisah Nabi Ayyub yang sakit teruk, badannya berkudis dan diserang ulat. Dia tidak pernah merungut. Malah tidak pernah meminta untuk disembuhkan. Tapi, pada saat ulat - ulat itu hampir ke mulutnya, dia berdoa,

 "Ya Allah, janganlah engkau biarkan ulat - ulat itu menghancurkan lidahku. Aku ingin ingin menyebut namaMu, aku ingin melakukan ibadah dan berzikir kepadaMu dengan sempurna.."

Hebatnya cinta Nabi Ayyub terhadap Allah. Makin derita, makin kuat cintanya. Makin kuat diuji, makin kuat imanNya. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran pada diri saya sendiri dan pada semua. Instead of mengadu dekat facebook tu, mengeluh...Padahal baru demam selsema sket je baik kita tadah tangan berdoa dekat Allah. Mengadu pada dia. Dia bagi sakit pada kita sebab dia nak kita merintih pada dia. Tanda kita balas ingatan dia pada kita. Dia suka kita meminta pada Dia. Dan ingatlah juga, kalau kita sakit, banyak lagi orang yang lebih menderita daripada kita. Dalam rintihan, jangan lupa panjatkan kesyukuran..

Semoga sakit ini mendekatkan lagi saya kepadaNya.Alhamdulillah Ya Allah atas ingatanmu pada hambamu yang hina dan penuh dosa ini. Kau yang Maha pengampun, Maha mengasihi. Taubat ku pohon, syurgamu kucari. Semoga entry ini memberi manfaat pada semua.

Monday, April 9, 2012

Tiada Duka yang Abadi..

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta di jalan-Nya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

p/s: Tidak semua hiburan melalaikan..

Tuesday, March 27, 2012

Rasa tertindas, tapi kenapa bukan ikhlas?

Assalamualaikum and hye peeps!
Hari ini aku kembali sebagai aku.

Hidup dengan manusia lain; sebagai seorang pekerja ataupun seorang pelajar menuntut kita untuk bekerjasama dan bertoleransi dengan manusia lain. Macam mana kita nak hidup simple sorang - sorang pun, confirm still kena berinteraksi dan lakukan something dengan orang lain jugak. Kalau tak, pegi duduk dalam gua.hehe.

Tak payah susah, senang cerita, ambil aku sebagai contoh. Aku masih seorang pelajar. Dan biasala, pelajar takkan lepas dari assignment. Bukan setakat assignment individu, tapi jugak berkumpulan. Biasanya kalau assignment individu memang takde masalah sangatla kan. Kecuali internet connection buat hal, laptop rosak, printer takde ink, memang buat hidup student agak huru - hara. Apalagi buat assignment last minit, sampai tengah malam and esok pagi - pagi sebelum pukul8 dah nak kena anta. Memang aktifla tangan ni taip msg or call sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah.huhu. TETAPI! Assignment berkumpulan selalu menimbulkan bermacam masalah. Dan masalah yang timbul banyak kesan sampingannya. Dah masak sangat dengan keadaan yang sama. Pengalaman 7tahun di Universiti (3tahun diploma + 4tahun degree) banyak mengajar.

Masalah kerjasama itu nombor satu. Tapi efek samping dari itu yang paling banyak. Stress, emosi, bahkan boleh menyebabkan pergaduhan. Percaya atau tidak tu realiti. Biasala, manusia ni bermacam ragam. Tingkat kerajinan, rasa peduli, rasa tanggungjawab dan macam - macam rasa lagi semua berbeza. Memang stress bila assignment yang patut dikerjakan 14orang hanya digerakkan sepenuhnya oleh setengah dari jumlah sepatutnya. Mula - mula terkena memang bengang memang angin. Lama - lama, dah biasa.

Rasa tertindas dan macam kuli memang selalu. Tebal je dalam hati ni. Kalau kita protes, and biarkan saja assignment tu tanpa bahagian mereka yang bertanggungjawab, markah kita jugak yang terefek. Rasa peduli mereka tu seolah tiada. Hairan bukan? Nak mengubah orang lain susah tau. Jadi, aku ubah diri sendiri. Pertama, aku fikir, ada kerugian ke kalau aku yang siapkan bahagian orang lain? Jawapannya tidak. Sebab lebih banyak ilmu yang aku dapat and puas hati dengan keseluruhan assignment sebab majoriti aku yang buat sendiri.hehe. Walaupun berlaku sedikit kerugian masa. Tapi takpe, sebab untuk benda bermanfaat.Kan? Kedua, perlu ke aku rasa tertindas?Dipergunakan? Jawapannya, tidak perlu. Sebab mereka yang rugi. Pertama ilmu, kedua pahala. Menuntut ilmu kan dapat pahala. Plus, kalau aku ikhlaskan semua kerja yang aku buat tu insyaAllah, satu hari nanti mungkin orang lain pulak yang akan membantu?siapa tau kan? Kalau tak pun pahala ikhlas tu kan masih ada.. =)

Ok. Habis soal group member yang tak buat kerja. Kalau kes orang lain punya kerja yang takde kena mengena dengan kita pulak tapi dia mintak tolong kita buat, macam mana? Aplikasikanla jugak benda yang sama. Tolong kalau ada kelapangan, tolong yang mana mampu dan ikhlaskan. Orang yang mintak tolong pun agak - agakla. Kalau orang dah tolong anda tidak patut sama sekali complain. Apa lagi kalau orang tu tolong anda tanpa sebarang ganjaran. Belanja makan pun tak. Ikhlas - ikhlas pun boleh burn akhirnya.Haha.Tapi kalau dipaksa buat agak payah jugak nak ikhlas, kan?Aku manusia biasa. Hehe.Peace! ^.^ v