Istiqamah secara skemanya bermaksud berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam keadaan apa sekalipun. Tapi dari pandangan dan kefahaman saya, juga bahasa mudahnya adalah, kita konsisten dalam melakukan sesuatu. Tidaklah sekejap buat sekejap tinggal. And of course sesuatu itu adalah sesuatu yang baik. Konsisten dalam melakukan sesuatu yang baik, tidak tertakluk hanya dalam hal ibadah dan hal agama tapi juga hal - hal terkait pekerjaan, kesihatan dan kehidupan.
Jadi sudah semestinya istiqamah itu sesuatu yang baik dan patut dilakukan, bukan? Tetapi ia juga adalah sesuatu yang sangat susah, memerlukan keazaman dan kesabaran yang sangat tinggi. Memang cabaran besar buat manusia biasa apa lagi buat umat akhir zaman ini. Dengan pengaruh persekitaran, tak campur rasa malas lagi. Sebab tu la imam muda asyraf cakap "mahalnya mahar istiqamah"
Contoh terbaik, seorang perempuan yang dahulunya tidak menutup aurat dengan sempurna tergerak hati ingin menjadi muslimah sejati. Yang dahulunya sukakan berfashion. Heels,wedges,shawls pelbagai gaya ingin berubah menutup aurat dengan sempurna. Minggu pertama mungkin kelihatan mudah. Sebab keinginan yang masih menebal dan perasaan yang masih berkobar - kobar. Dahulunya tidak memakai stokin/sarung kaki, tidak memakai stokin lengan, berpakaian yang agak mengikut bentuk tubuh, tidak melabuhkan jilbabnya kedada ingin berubah kepada yang sebaliknya. Ketahuilah cabaran untuk terus kekal dengan penampilan muslimah sejati dari penampilan asalnya adalah amat tinggi. Tidak ramai yang mampu secara keseluruhannya. Ramai yang tewas termasuk saya ='( Lama - lama rasa malas nak pakai semua tu. Lama - lama rasa rindu nak pakai cantik - cantik. Lama - lama rasa selekeh pakai baju besar - besar. =( Saya amat kagum pada yang mampu melakukannya. Anda memang kuat dan hebat. Ada. Bukan tidak ada. Satu dalam seribu. Mereka idola terbaik saya. Dibanding dengan saudari - saudari yang memang dari kecil dilatih berpenampilan muslimah, mereka yang berhijrah dan mampu istiqamah lebih saya kagumi. Nak jadi macam korang jugak!!
Still, istiqamah tak sempit perbahasan untuk agama saja. Untuk kesihatan misalnya. Buat yang sakit, istiqamah makan ubat supaya cepat sembuh. Bila dah sembuh boleh sempurnakan ibadah yang patut. Buat menjadi sihat istiqamah untuk exercise. Takla obese. Nanti macam - macam penyakit boleh datang. Dan baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagila. Jadi, jom cuba kuatkan diri untuk istiqamah nak? Jom!
Semoga entry ini ada manfaatnya. =)