Secara ringkasnya, sepanjang blog ni sepi, banyak turun naik dalam hidup ni. Kesibukan, kepenatan, kesedihan, kegembiraan. Tahun ni memang tak beraya langsung. 3minggu of syawal berada di hospital. Tak balik - balik. Even ke tempat sewaan sekalipun. Tapi, bak orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kegembiraan buat diri sendiri kurang, tapi kegembiraan yang kita dapat dengan menggembirakan orang lain itu ada. Setiap ucapan terima kasih dari keluarga patient selepas anak - anak mereka sembuh dan boleh discharge buat hilang rasa penat. Setiap kelahiran baru membuatkan bibir ni tak henti tersenyum. Pengalaman yang tak semua orang boleh rasai.
Teamwork is important. Kalau takde diorang, setengah mati buat keje |
Kadang - kadang memang akan terasa "kenapa jalan ini yang aku pilih?" Apa lagi kalau stress, teramat penat, hidup sendiri tak terurus. Tapi dengan fikiran yang jernih baru aku sedar, tiada yang mudah dalam hidup. Mati juga tidak mudah. Setiap satu itu beza - beza cabarannya. Tidak ada yang mudah. Jadi, bertahan dan teruslah bersemangat! This is the path u choose. This is what god choose for u to live with. Just say Alhamdulillah. IsyaAllah everything will goes well. *Positive thinking*
Personal life?hm. Perasaan dilamar lelaki untuk menjadi seorang isteri dan perasaan dilamar untuk menjadi seorang kekasih itu benar - benar berbeza kan? Anda akan rasa lebih dihargai dan dihormati. Ternyata ada lelaki yang tidak berniat menjadikan anda hanya perhiasan disampingnya tapi sebagai peneman hidupnya. Wah. Aku perlukan bantuan nasihat dari semua. Ini betul - betul sesuatu yang amat besar dalam hidup.
Pada akhirnya, semoga setiap apa yang telah dilakukan dan bakal dilakukan tiap hari boleh menyenangkan semua orang. I wish.