Monday, January 18, 2016

2016. How much did i miss??


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya tuhanku, wujud lagi blog ni rupenye.....
Last entry was on May 2014. Sekarang dah 2016. Betapa banyaknya yang dah berubah.. Betapa banyaknya dah bertambah... Bertambah usia, bertambah berat badan. Kehkehkeh.

Ok. Where should i start?

2015.
Salah satu tahun perubahan fasa. Dari seorang student, kepada seorang wanita berkerjaya. Alhamdulillah, im a junior doctor now. Junior doctor baru. Ala - ala kuli gitu kalau dalam ekosistem hospital la. Alhamdulillah still surviving. Adapting well, meeting new people, interesting cases, bosses yang bermacam ragam. This is the path that i choose and im glad im choosing it.







26/12/15

One of the most important date in 2015. My engagement day. After almost 6 years, finally the day has come. Majlis ringkas, tapi sangat meriah. Semua berjalan lancar, Alhamdulillah.


Hantaran from my side

Nak cerita sikit pasal hantaran. 7 dulang berbalas 9. from my side was 100% DIY. Daripada kotak kayu hantaran ke gubahan bunga, semua gubahan sendiri. Amacam? Nampak profesional tak?  Hantaran rustic gitu..Yang penting, jimat..

Both sides dah setuju hantaran untuk tunang yang simple - simple je. Most of it adalah makanan.

1. Chocolates

2. Fruits

3. Kain baju melayu + sampin songket

 4. Pavlova

5. Chocolate cupcakes

6. Garsa kitchen sandwiches

7. Sirih junjung
8. Pulut Kuning
9. Fondant cake

Alkisah, semua ni buat last minit malam sebelum majlis. Sampaikan MUA dah sampai pun aku still terhegeh - hegeh cari fresh flower untuk sireh junjung kat luar. Boleh tak? Hehe. Tapi memang tersangatlah puas hati dengan hasilnya. =)

Nak tengok pelamin pulak? Tak payah nak berangan. Sebab aku tunang tak pakai pelamin - pelamin ni. Sarung cincin dalam bilik sudah. Satu sebab aku rasa malu nak duduk atas pelamin semua orang tengok. Kedua, membazir sebab tak perlu pun. Ketiga, mengekalkan adat tradisional gitu.Hehehe

Baju, tudung, veil, handbouquet, MUA and photographer kita cerita next entry la pulak. Korang jangan pepandai bajet aku ni berbajet besar. Ketahuilah bahawa aku cuma spent RM700 untuk yang aku sebutkan diatas.. Tak percaya? Tunggu next entry untuk details. Eceyh. Bye2