Akhirnya harini khatam sudah drama stanza cinta ni. 2episod terakhir memang banyak bermain dengan emosi. Dan semalam saya dah agak - agak dah ending drama ni macam mana waktu bercerita dekat dia. Dari jalan ceritanya, saya agak ia akan berakhir sama seperti ketika cinta bertasbih. (movie Indonesia). Yang mana nak menunjukkan sesusah mana dan sekuat mana dugaan hubungan antara adam dan hawa, tapi kalau sudah tertulis mereka adalah jodoh buat satu sama lain tetap akan berlaku juga. Dugaan ni bukan mak tak suka sebab lelaki tu tak kaya atau typical reason dalam drama2 biasa. Tu yang menarik tu.hm
Dan stanza cinta berkahir dengan perginya Irfan pada hari sepatutnya dia menikahi amni kerana sakit SLE yang dideritainya. Dan akhirnya taufiq imran kembali untuk menjadikan amni isterinya setelah sebelum ini terpaksa membatalkan niatnya itu kerana mengikutkan kehendak arwah ayahnya yang sudah menjodohkannya dengan orang lain. Finally amni dengan taufiq. Kan betul tekaan saya..hehe
irfan ,amni, taufiq
Dan, kata2 didalam drama ni banyak bagi pengajaran, kesedaran, keinsafan.. Antaranya:
Jangan kita terlalu ikutkan rasa dendam dan marah terhadap seseorang dan enggan memaafkannya.
Kadang - kadang, kekurangan orang lain itu ladang pahala untuk kita. Supaya kita dapat memaafkan dia, mendoakan dia, memperbaiki diri dia, dan menutup aib dia.
Dan kita kena ingat, kita ini pun dihargai oleh orang lain kerana Allah menutup aib kita, kelemahan dan keburukan kita...
Wassalam =)