Thursday, November 17, 2011

UPSR tak dapat 5A? It's ok...

Assalamualaikum & hye! =)
Hari ini aku guna saya

Seperti yang sume dah tau, hari ni result UPSR dah keluar. Dan kebanyakan status dekat fb pun sebok mention adik - adik and anak - anak sedara yang dapat 5A. "Congratulations my dear sister, i'm proud of you!" kebanyakannya macam tu la. Tapi...Mesti tak semua student yang amik UPSR tu dapat 5A kn? Tapi kenapa takde pun update status to congratulate those yang tak dapat 5A? Sebab malu atau apa? Now you tell me. For me, UPSR is just the beginning. Ia tak menentukan sangat pun masa depan adik - adik ni. Sebab you still got PMR & SPM yang barulah agak menentukan jalur masa depan adik - adik ni.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Dan jugak pemerhatian. Tak semua  yang dapat 5A waktu UPSR, PMR & SPM dorang excellent. Macam tu jugak bila dah masuk universiti. Memang ada yang dari awal dah cemerlang. Baguslah. Dah rezeki dia. My point is, for those yang tak dapat 5A untuk UPSR janganlah down - down sangat, tak perlula nak kecewa - kecewa. Sebab peluang anda masih banyak di depan. Macam tu jugak parents and siblings yang sepatutnya bagi support dan jangan memandang rendah adik - adik ni tau. Mungkin rezeki mereka untuk cemerlang seperti si cemerlang yang lain belum sampai.

Tak payah pandang orang lainla. Saya ambil saya sendiri sebagai contoh. Saya adalah pelajar biasa - biasa saja waktu sekolah. UPSR 4A,1B. PMR 5A 3B 1C, SPM pun 5A saja. Tapi itu tak bermakna masa depan saya gelap. Dengan keputusan yang tak seberapa itu saya pun diterima masuk di UiTM dalam bidang diploma sains (biologi). Dan ternyata zaman diploma sayalah zaman kecemerlangan saya. Rezeki saya lebih waktu itu.Sepanjang 6semester, 5semester saya tersenarai sebagai penerima anugerah dekan dan 2semester daripadanya saya memperoleh GPA 4.00. Setaraf, bahkan lebih baik dari pelajar - pelajar lepasan SBP dan sekolah - sekolah berprestij lain. Maklumla, saya sekolah biasa - biasa je. Bukan hendak membangga diri atau mendabik dada sekadar berkongsi pengalaman dan menyampaikan mesej yang peluang untuk kita memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik itu sentiasa ada. InsyaAllah..

Alhamdulillah saya sudah grad diploma 4tahun yang lalu dengan 2bintang kerana cgpa >3.5
Tak kesampaian untuk dapat 3bintang sebab semester1 tak dapat dean list. Jadi melepas Anugerah Naib Canselor (ANC)

Waktu disemester akhir diploma masih dalam dilema nak sambung dalam bidang apa? Dari kecik saya memang nak sangat jadi doktor. Mula - mula saya dah kuburkan niat tu bila tengok keputusan SPM tak sehebat bakal seorang doktor. Tapi bila tengok prestasi sendiri waktu diploma, impian tu bercambah kembali. Tapi, bila dah semester akhir diploma, impian tu seolah dicantas semula bila berhadapan dengan realiti yang demand syarat untuk masuk fakulti perubatan di Malaysia sangatla tinggi. Oleh kerana Keputusan semester 1 saya yang kurang sedikit dari dean list, seakan menyebabkan saya tak dapat meneruskan cita - cita saya. Tapi saya masih buka hati ini untuk option yang lain. Ye lah,mungkin dah takde rezeki. Nak buat macam mana..

Dan akhirnya ditawarkan sambung degree in Forensics dekat UiTM. Sebulan pegi kelas tak minat. Bosan. Nak dipendekkan cerita ada tawaran belajar ke Indonesia dalam bidang perubatan untuk student yang dapat cgpa >3.5 dalam diploma sains and mikrobiologi. Saya ikut klas, amik exam and dapat! Akhirnya, berjaya jugak saya menyambung pengajian dalam bidang yang saya impikan selama ni. Dan sekarang saya berada di sini, belajar ilmu perubatan bersama teman - teman yang di waktu sekolahnya cemerlang, straight A student. See..Biar pun UPSR saya dulu 4A1B je,sekarang saya dah setaraf pun dengan mereka - mereka yang 5A. 

Jadi, buat adik - adik yang tak dapat 5A sekarang, jangan berputus asa. Teruskan usaha, insyaAllah ada yang lebih baik didepan. Buat parents, siblings and family, teruskan menyokong mereka. InsyaAllah satu hari nanti mereka akan berjaya.

Last but not least, to my bf sister, Anis Sofea binti Azman, congratulations for getting 4A's for your UPSR. Teruskan usaha itu. Kami bangga dengan kamu! =)

p/s:dah suruh dia baca post ni.tak taula budak ni tau ke tak nak bukak blog.huhu ;)