Salam sejahtera keatas kamu n hi! =)
Mood sopan, pakai saya.
Saya dah berblog lama..Biar tak dicommercialkan tapi saya puas. Selain menulis, saya suka membaca. Biasanya, setiap blog ada konsep masing - masing. Antara yang saya pernah baca dan masih membacanya, berkonsepkan nak tembak orang je dengan bahasa kasarnya iaitu blog SARKASIS, blog yang menceritakan kisah hidup dan pengalaman seorang doktor iaitu blog SAYA DOKTOR, blog yang menceritakan tentang makanan seluruh malaysia ala - ala jalan - jalan cari makan, blog yang sentiasa mengutarakan pendapat tentang sesuatu isu iaitu blog MYNAMEISNAMEE..Dan paling banyak dan bersepah personal blog. Blog saya pula dikategorikan sebagai blog personal? Or lebih tepat lagi rojak?hm..
Dan kalau boleh terlintas dihati ini, mulai saat ini saya ingin menyumbang sesuatu melalui minat menulis ini. Jadi saya fikir, elok kalau saya ingin jadikan blog ini lebih terarah dan dapat memberi manfaat kepada orang yang membacanya. Bila dah ada matlamat yang jelas, barula boleh commercialkan, ye tak?
Jadi,kemungkinan besar saya ingin mengikut jejak langkah Dr.Azzad penulis blog saya doktor. Dia sentiasa memberi informasi tentang dunia perubatan berdasarkan pengalaman peribadinya yang sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat bakal - bakal doktor atau sesiapa pun. Biarpun sekarang sudah jarang dia hadir dengan entry baru, mungkin kerana keterbatasan waktu. Anything that i learned, or anything that i will learn in future i will try to share it here. Semoga ada kelapangan waktu untuk itu. Semoga niat ini boleh terlaksana dan memberi manfaat untuk semua. Tak rugi berkongsi ilmu kan? Ia takkan pernah berkurang apabila dikongsi malah akan terus bercambah insyaAllah...Jom belajar dan berkongsi! =)