Ramai orang pasti pernah bercinta kan? Apalagi anak - anak muda zaman sekarang. Semua ada rasa ingin mencintai dan dicintai. (Sila muntah kerana mood penulisan sekarang adalah mood serious maka ayat - ayatnya memang agak begini). Biar perasaan sayang dan suka terhadap pasangan masing - masing itu digelar atas nama yang sama iaitu cinta, tapi setiap orang mengekspresikannya dalam cara yang berbeza. Ada yang romantik, ada yang manja dan lain - lain lagi. Memandangkan sekarang zaman dah advance, semua nak pakai teknologi. Ada facebookla, twitterla, blogla. Jadi semua media - media ini biasanya tidak terlepas dari menjadi medium untuk mereka mengekspresikan cinta mereka. Itu bermakna, walaupun yang bercinta itu cuma mereka berdua, tapi mereka sebenarnya ingin seluruh dunia tau!
1) Upload gambar dekat facebook
2) Tulis dekat blog
3) Buat video cinta dekat youtube
Mungkin adala yang akan cakap, "Eh, penulis blog ni. Macam tak sedar diri pulak dia pon ada je buat macam tu." Kn?Kn? Aha..Itula saya cakap tadi. Masing - masing ada cara masing - masing untuk mengekspresikan cinta mereka. Biar saya pernah melakukan yang pertama dan kedua tapi tidak mungkin yang ketiga, saya masih punyai batas saya. Iaitu tidak akan pernah meletakkan gambar berduaan yang terlalu intimate (memang tak penah ada gambar macam ni pn. Even selfcam pon tak penah tau. Atas sebab tidak mau fitnah timbul dan menjaga nama baik keluarga masing - masing. Ye la, jangan ingat anak muda je ada fb, mak ayah, pak cik mak cik dan adik - beradik lain pun ada. Paling - paling pun gambar macam ni je..
Menyampah?Sweet?Masing - masing ada hak masing - masing untuk menilai.
Itu mengenai saya. Kalau orang lain? Ada yang letak gambar berkepit, berpegangan tangan mungkin, merenung tajam mata satu sama lain.. Itu hak masing - masing. Cuma, kalau saya personally saya rasa mual dan loya tekak. Walaupun mata yang melihat tapi tekak yang memberi reaksi. In my opinion semua itu tidak perlu. Tapi, ye la back to "everyone has their own rights to do what they feel they want to do". No offence.he
Sama jugak diblog, hampir disetiap entry "hari ini saya happy sebab dia blablabalalalalala" It would be more interesting if sometimes you have somethingelse to talk about ok? Get a life!. Pada yang terasa mungkin jawapan tipikal adalah "Siapa suruh ko baca blog aku?" and jawapan balik tipikal yang saya boleh bagi "Siapa suruh ko post?Mestila untuk orang baca kan?haha" =P
Mengulas mengenai video di youtube, pernah baru - baru ini ada tersebar satu video dari kekasih untuk kekasih. Semua orang duk kutuk kata macam - macam dekat pompuan tu. Saya bukan nak menyokong atau apa, tapi kita tau ke situasi sebenar? Entah orang lain yang pedajalkan dia ke? Eleh..Korang tu pun entah - entah penah cakap camtu dekat pasangan masing - masing. Ye tak? Cuma tak penah dipublickan je. Jadi pandai - pandaila fikir kebaikan dan keburukan mempublickan relationship masing - masing. Tapi, kalau yang macam ni bagus. Sweet sangat~ True love =') Pada kamu, sila tonton ye. This is something positive =)