Thursday, February 16, 2012

Doktor Umum Yang Baik..

Assalamualaikum and hello2 peeps!

Entry yang agak panjang, serious tapi penuh dengan info.
As promised, this time i will share a very good lesson that i learned yesterday. Semalam, kami telah diberi satu case emergency & traumatology. So,basically, we have to crack the case. For your info, the most important thing in traumatology cases are time. Yes, time. Setiap saat itu berharga. Anda terlambat sesaat, patient mati. Letak kebelakang persoalan "Patient ni sakit apa? Apa diagnosis dia?" Tapi pentingkan "adakah saluran pernafasan dia clear? Ada tak keadaan yang boleh menyebabkan dia mati mendadak? Apa yang boleh saya pakai disekeliling saya untuk menyelamatkan patient tersebut?" Itu adalah contoh - contoh persoalan yang patut dan tidak patut wujud dalam fikiran sewaktu anda menghadapi patient yang mungkin saja anda temui dimana - mana. Tidak kira diatas jalan kerana kemalangan jalan raya, di shopping complex kerana sakit jantung, dan sebagainya.

Buat pengetahuan umum, tugas menyelamatkan nyawa ini tidak tertakluk dan terpikul diatas bahu manusia yang digelar doktor sahaja. Sebab, anda tidak boleh mengharapkan doktor boleh berada dimana -mana. Kalau dihospital mungkin. Tapi kalau ditempat - tempat umum? Oleh kerana itu, ada yang namanya BLS atau basic life support. Yang memang diajarkan kepada orang umum supaya boleh menangani sendiri kes - kes emergency sebelum kedatangan doktor ke tempat kejadian. BLS ini termasuklah memastikan patient bernafas dengan baik tanpa masalah sumbatan pada jalan nafas. Malah sampai ke satu teknik bantuan pernafasan "Cardiopulmonary resuscitation" atau CPR boleh dilakukan orang umum kepada pesakit yang mungkin jantungnya terhenti. Oleh itu, harus bagi setiap masyarakat menyedari kepentingan menguasai teknik - teknik sebegini. Supaya tidaklah nanti ada kecemasan yang terjadi, patient yang sebenarnya boleh diselamatkan, mati begitu sahaja kerana dibiarkan tanpa pertolongan awal gara - gara menunggu doktor sampai. Kasihan...

Buat pengetahuan umum juga, emergency and traumatology juga menekankan prinsip "gunakan apa sahaja yang ada disekeliling anda untuk menyelamatkan mangsa". Contonhya, jika didapati mangsa mengalami suatu keadaan yang disebut "Tension Pneumothorax" dimana berlaku pengumpulan udara dalam rongga pleura yang menempatkan peparu sehingga menolak peparu kearah bertentangan dan menyebabkan ianya gagal untuk mengembang, lantas mengganggu pernafasan normal. Keadaan ini sangat bahaya dan perlu diatasi dengan segera.


Tindakan yang seharusnya diambil kalau dihospital adalah thoracocenthesis dengan menggunakan jarum yang sterile yang ditusuk dibahagian tertentu(2nd intercostal space) untuk mengeluarkan udara terperangkap. Namun, jika keadaan seperti ini ditemukan dijalanraya mahupun ditempat - tempat awam, orang yang berpengalaman melakukannya harus melakukannya dengan apa saja. Boleh jadi dengan pen atau apa - apa saja yang boleh menusuk dan mengeluarkan udara terperangkap. Jadi, anda jangan terkejut seandainya anda ternampak tindakan seperti itu dilakukan. Dan buat orang yang melakukannya juga, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih kepada mangsa.

Dan...banyak lagi keadaan - keadaan lain yang terlalu panjang untuk dijelaskan dalam satu post. Almaklumla ini bukan post yang copy paste,original typing sebijik - sebijik dari saya sendiri.huhu. And as the discussion goes further, banyakla kemungkinan - kemungkinan yang dikeluarkan yang mungkin dihadapi oleh patient didalam case tersebut. Secara ringkasnya, didapati mangsa tersebut tachypnea (bernafas dengan cepat) dan nadi radialnya tidak teraba. Kemungkinan tersebesar dia mengalami shock! Boleh jadi hypovolemic shock kerana kekurangan cairan yang boleh disebabkan kerana perdarahan dan dehydration, boleh jadi cardiogenic shock kerana masalah - masalah jantung, boleh jadi anaphylactic shock kerana allergy reaction dan sebagainya,

Dan pada saat saya mengutarakan sesuatu sebagai jawapan kepada pertanyaan2 sdaripada pecialist tersebut, komen yang sering saya dapat adalah "apa yang kamu kasitau itu sudah benar,tapi masih ada penjelasan yang lebih tepat lagi." Berulang - ulang kali. Sehingga akhirnya "Saya tau kamu itu sangat memahami konsep bagaimana terjadinya sesuatu keadaan darurat dan bagaimana timbulnya sesuatu kondisi penyakit. Akan tetapi, adalah lebih bagus kiranya kamu bisa memberi jawaban yang lebih akurat. Dengan kondisi sekarang, kamu sudah bisa menjadi doktor umum yang baik, tapi untuk menjadi spesialis, nilai itu kamu harus pelajari dengan lebih banyak lagi" I take it as pujian, and also galakan. FYI, specialist ni orang indonesia. Sebab tu cara bercakapnya macam tu. Yang dimaksudkan sebagai doktor umum itu adalah doktor biasa. The person who medical student will become after they graduating from their 5years medical program. Menjadi doktor umum yang baik memang adalah matlamat jangka pendek yang ingin saya capai. Jadi, Alhamdulillah bila ada specialist yang sudah menganggap saya boleh menjadi doktor umum yang baik. Saya tidak mendabik dada dan menyatakan saya sudah cukup bagus tapi cukup jika saya sudah terarah kearah itu. Alhamdulillah~

Biar saya bukan student yang paling cemerlang disini atas penilaian gred, tapi saya ingin menjadi yang cemerlang atas dasar ilmu. Kerana tidak ada gunanya belajar untuk A kerana sesudah kita mendapatkannya pasti ilmu itu akan hilang. Tapi kalau kita belajar untuk ilmu, insyaAllah A juga akan menyusul, malah ilmunya berkat dan insyaAllah konsep ilmu itu kekal untuk jangkamasa yang panjang. Semoga post kali ini dapat memberi sedikit sebanyak info dan kebaikan untuk yang membacanya. Salam =)