Salam sejahtera ke atas kamu.. And hi! =)
Yeah..Idea mencurah - curah..Sifat kerajinan dah sampai untuk menulis. Sebab tu ada je post baru kat sini. Hehehe. Post kali ini ideanya dicetuskan oleh beberapa pembaca blog yang menyuarakan beberapa idea yang nampaknya aku takkan buat sebab aku ada sebab aku yang tersendiri.
Adala beberapa kawan pembaca setia disini komen, "Kenapa kat blog ko tak boleh komen? Macam mana orang nak bagi pendapat dan saranan?" "Ko tak nak letak link - link ke kat blog ko? Barula senang orang nak lawat blog ko balik?" "Cara ko cmtu ada ke orang nak baca blog ko?"
Jawapannya adalah...Aku sengaja disablekan komen sebab memang tak nak orang komen, kutuk, publicly. Sebab aku menulis hanya untuk orang baca. Orang yang aku kenal. Aku tak nak orang yang entah siapa - siapa baca lepas tu komen bukan - bukan and judge aku padahal dia kenal aku pun tak kan? Selalu aku tengok blog - blog yang faymes tu perrrrrrrgggghhhhhh..Komen baik banyak. Yang tak baik lagi banyak. Komuniti pendengki ni banyak sebenarnya. Maklumla. Dunia akhir zaman. Jawapan untuk soalan kedua memang aku sengaja tak nak letak dengan alasan yang hampir sama, tak nak ramai sangat strangers yang baca blog aku. Biarla kalau tade orang nak baca pun. Yang penting aku happy and bahagia menulis apa yang aku rasa nak tulis. Ha. lagi satu. Kebiasaannya aku menulis apa yang aku lihat banyak berlaku dalam masyarakat hari ini and relatekan dengan diri aku sendiri. MASYARAKAT disini boleh jadi sesiapa sahaja. Anda kena ingat, KEBETULAN itu wujud. Aku tidak pernah menuding jari pada orang - orang tertentu. Tapi oleh kerana mungkin pembaca tersebut terlupa wujud istilah KEBETULAN dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, jadi aku telah dimaki - maki. Sabar jela~ Tu tanpa sebarang link and publisiti terhadap blog ni tu. Kalau aku dah promote - promote, terfeymes (ok,aku bermimpi disiang hari), silap - silap kena simbah asid pulak. Gulp! Nauzubillah. Mintak jauh~ Jadi segala pertanyaan sudah dijawab. Sekian, terima kasih =)
p/s: kalau anda tidak suka penulisan saya, sila jangan type nama saya diruangan search website tu ok? =P