Tuesday, March 27, 2012

Rasa tertindas, tapi kenapa bukan ikhlas?

Assalamualaikum and hye peeps!
Hari ini aku kembali sebagai aku.

Hidup dengan manusia lain; sebagai seorang pekerja ataupun seorang pelajar menuntut kita untuk bekerjasama dan bertoleransi dengan manusia lain. Macam mana kita nak hidup simple sorang - sorang pun, confirm still kena berinteraksi dan lakukan something dengan orang lain jugak. Kalau tak, pegi duduk dalam gua.hehe.

Tak payah susah, senang cerita, ambil aku sebagai contoh. Aku masih seorang pelajar. Dan biasala, pelajar takkan lepas dari assignment. Bukan setakat assignment individu, tapi jugak berkumpulan. Biasanya kalau assignment individu memang takde masalah sangatla kan. Kecuali internet connection buat hal, laptop rosak, printer takde ink, memang buat hidup student agak huru - hara. Apalagi buat assignment last minit, sampai tengah malam and esok pagi - pagi sebelum pukul8 dah nak kena anta. Memang aktifla tangan ni taip msg or call sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah.huhu. TETAPI! Assignment berkumpulan selalu menimbulkan bermacam masalah. Dan masalah yang timbul banyak kesan sampingannya. Dah masak sangat dengan keadaan yang sama. Pengalaman 7tahun di Universiti (3tahun diploma + 4tahun degree) banyak mengajar.

Masalah kerjasama itu nombor satu. Tapi efek samping dari itu yang paling banyak. Stress, emosi, bahkan boleh menyebabkan pergaduhan. Percaya atau tidak tu realiti. Biasala, manusia ni bermacam ragam. Tingkat kerajinan, rasa peduli, rasa tanggungjawab dan macam - macam rasa lagi semua berbeza. Memang stress bila assignment yang patut dikerjakan 14orang hanya digerakkan sepenuhnya oleh setengah dari jumlah sepatutnya. Mula - mula terkena memang bengang memang angin. Lama - lama, dah biasa.

Rasa tertindas dan macam kuli memang selalu. Tebal je dalam hati ni. Kalau kita protes, and biarkan saja assignment tu tanpa bahagian mereka yang bertanggungjawab, markah kita jugak yang terefek. Rasa peduli mereka tu seolah tiada. Hairan bukan? Nak mengubah orang lain susah tau. Jadi, aku ubah diri sendiri. Pertama, aku fikir, ada kerugian ke kalau aku yang siapkan bahagian orang lain? Jawapannya tidak. Sebab lebih banyak ilmu yang aku dapat and puas hati dengan keseluruhan assignment sebab majoriti aku yang buat sendiri.hehe. Walaupun berlaku sedikit kerugian masa. Tapi takpe, sebab untuk benda bermanfaat.Kan? Kedua, perlu ke aku rasa tertindas?Dipergunakan? Jawapannya, tidak perlu. Sebab mereka yang rugi. Pertama ilmu, kedua pahala. Menuntut ilmu kan dapat pahala. Plus, kalau aku ikhlaskan semua kerja yang aku buat tu insyaAllah, satu hari nanti mungkin orang lain pulak yang akan membantu?siapa tau kan? Kalau tak pun pahala ikhlas tu kan masih ada.. =)

Ok. Habis soal group member yang tak buat kerja. Kalau kes orang lain punya kerja yang takde kena mengena dengan kita pulak tapi dia mintak tolong kita buat, macam mana? Aplikasikanla jugak benda yang sama. Tolong kalau ada kelapangan, tolong yang mana mampu dan ikhlaskan. Orang yang mintak tolong pun agak - agakla. Kalau orang dah tolong anda tidak patut sama sekali complain. Apa lagi kalau orang tu tolong anda tanpa sebarang ganjaran. Belanja makan pun tak. Ikhlas - ikhlas pun boleh burn akhirnya.Haha.Tapi kalau dipaksa buat agak payah jugak nak ikhlas, kan?Aku manusia biasa. Hehe.Peace! ^.^ v

Monday, March 26, 2012

Pink untuk baby girl, biru untuk baby boy?

Assalamualaikum and hye peeps!

Sunyi blog tak bererti sibuk. Manusia, kadang - kadang rajin, kadang - kadang malas. Istiqamah itu susah. Lumrah. Ok, now back to the main topic. Maksud tersirat title post kali ni adalah, aturan - aturan yang manusia wujudkan. Persoalannya kenapa macam tu? Benda ni terilham dari situasi semalam. Semalam saya berjalan- jalan cari barang baby yang belum diketahui jantinanya. Jangan salah faham, bukan bakal baby saya ye. Belikan sebagai hadiah untuk seorang senior yang baru je grad dan sudah pun bergelar seorang doktor dan seorang isteri dan bakal ibu. Dalam hati sungguh cemburu. hihi. Dalam sibuk survey, mencari yang sesuai, pilihan selalu terhambat oleh ketentuan jantina. Maksudnya, kan masih belum diketahui jantina si bayi, jadi kalau nak beli baju tak tau nak beli warna apa. Nak beli baby carrier pun ada pilihan warna. Macam tu jugak botol susu, selimut, dan macam - macam lagi la. Biasanya warna yang famous ada dua. Pink dan biru. Dan kebiasaannya juga Pink seolah ditakdirkan untuk perempuan dan biru ditakdirkan untuk lelaki. Terdetik jugak dihati ni. Habis, perempuan tak boleh pakai warna biru? Lelaki memang tak boleh sama sekali pakai warna pink. Kata siapa? Peraturan siapa? dan ketetapan siapa? Satu jawapan yang pasti, kebiasaannya memang sudah begitu.

Kadang - kadang kebiasaan membuat manusia mengangkat diri mereka sendiri menjadi pencipta aturan terhebat dan tak lupa hakim terhebat dalam menghakimi sesama mereka. Contoh, kebiasaannya, dari statistik dan kajian yang dijalankan, remaja - remaja yang duduk dibandar dan mengalami masalah dalam keluarga lebih cenderung untuk terlibat dengan masalah dan gejala - gejala sosial. Jadi, kalau adala tiba - tiba mak cik semah dengan mak cik zaiton tengah balik dari pasar ternampak pasangan remaja berpelesaran tak tentu arah, common judgement yang akan terpacul keluar dari mulut atau pemikiran mereka adalah "Ni la jadi kalau duduk bandar, mak bapak sibuk sangat keje sampai tak ingat kat anak" No? Adilkah begitu?

Contoh lain. Biar sebaik mana pun seorang remaja lelaki itu, biarpun cuma sekali, dia pasti pernah terlibat dengan sebarang bahan - bahan lucah baik video, audio, gambar, atau perbuatan lainnya. No? Adilkah statement begini? Aturan siapa? Dek kerana statistik atau kebiasaannya begitu, rosak imej remaja lelaki keseluruhannya. Lebih parah, sampaikan ada yang berpendapat, biasala tu.. Seolah tiada yang salah. Aduh.tepuk dahi sendiri. Menjijikkan tahu?

Banyak lagi sebenarnya contoh - contoh aturan manusia. Banyak. Memang terlalu banyak. Sampaikan, sampai disini saya sudah menjadi speechless secara tiba - tiba. huhu. Pokoknya, kita kena sedar, kita manusia, banyak keterbatasan. Pemikiran terbatas, pengetahuan terbatas... Jadi, sebenarnya kita tidak layak menilai sesuatu berdasarkan sesuatu yang belum jelas, sesuatu yang kita dengar sayup - sayup je dan apatah lagi menjatuhkan hukuman. Tidak adil. Jangan kita menghakimi seseorang kerana jantinanya. Memang masa dia dalam perut mak dia, dia mintak dengan tuhan dia nak jadi perempuan atau lelaki? Tidak kan? Kesimpulannya jangan dihakimi seseorang atas sebab yang dia sendiri tidak boleh ubah.

"Aku tak suka kau sebab kau berkulit gelap. Biasanya orang macam kau jahat."
"Bapak kau pembunuh. Kau pun mesti jahat jugak"
"Aku benci kau sebab kau lelaki. Lelaki semua jahat. Macam bapak aku"

Jangan. Jangan dan jangan. Tidak adil. Tidak adil. ok? Dan sebagai tambahan, jangan juga suka hakimi seseorang kerana masa lalunya. Yang berlalu itu sejarah. Jangankan kerana satu kesalahan, seribu kebaikannya dilupakan. Jangan lupa, manusia tidak pernah lepas dari kesilapan. sedangkan Nabi Adam pernah melakukan kesalahan dengan melanggar larangan, inikan pula manusia biasa. Yang penting, pada akhirnya seseorang itu berubah. Yang lalu sedia untuk dilupakan..Semoga entry ini ada manfaatnya untuk semua.. =)

Tuesday, March 20, 2012

Maruah dan wanita

Assalamualaikum and hye peeps!

Maruah dan wanita. Kedengaran serious kan? Memang serious. Maruah dan kehormatan bukanlah sesuatu yang patut dipandang enteng. Baik zaman dahulu mahupun zaman sekarang. Buat umat Adam ataupun umat Muhammad. Maruah dan kehormatan, apalagi buat seorang wanita adalah suatu anugerah yang memang dari lahir semua perempuan ada. Semua dianugerahkan dengan darjat kehormatan yang sama oleh Maha Pencipta. Sesuai meningkat usia seseorang wanita itu, maruah dan kehormatan yang pada awalnya sama sudah mulai berubah darjat tergantung didikan,iman dan kesedaran dalam diri masing - masing.

Apa yang ingin saya sentuh disini sebenarnya bagaimana harga maruah dan kehormatan seseorang perempuan semakin beredar zaman kelihatan semakin merudum jatuh. Perhatikan saja statistik hubungan luar nikah, kelahiran anak - anak tidak sah taraf, sudah cukup menjadi bukti tanggapan ini. Tidak dinafikan, tidak semuanya, tapi secara keseluruhan, itulah realiti. Tidak pantas juga dengan munculnya masalah seperti ini kita lantas menuding jari pada pihak - pihak tertentu. Sebagai contoh, tipikalnya tudingan jari masyarakat;

"Ni salah perempuan la ni. Suke pakai seksi"
"Ni salah lelaki la ni. Tak reti kawal nafsu"
"Ni salah kerajaanla ni yang pegi tayang cite2 mat salleh kat tv banyak2 nape?"
"Ni salah mak bapak la ni. Tak reti didik anak"

Dan akhirnya tuding punya tuding, apa yang selesai? Apa pun tak jadi. Habis, adakah pada akhirnya anda ingin salahkan tuhan kerana mewujudkan nafsu?????? Berhenti menyalahkan dan semak diri sendiri. Pertama, wanita harus sedar maruah dan kehormatan itu tidak ternilai harganya. Tidak dapat diganti lagi seandainya sudah hilang. Traumanya menghantui seumur hidupmu wahai wanita. Pedulikan pujuk rayu lelaki yang menjanjikan pernikahan sebagai tiket untuk mereka merenggut kehormatan tertinggimu wahai wanita. Kalau benar dia menginginkanmu sebagai permaisurinya, pasti dia terus ke orang tuamu. Am i right? Buat yang lelaki, anda harus sedar tuhan tidak wujudkan nafsu tanpa penyelesaian. Kalaupun belum waktumu untuk punyai pasangan hidupmu, kan masih ada yang namanya jauhi godaan, elakkan pertemuan. Semuanya ada. Cuma kita yang harus bijak mengawal nafsu dan akal fikiran, bukan membiarkan nafsu yang mengawal kita. Saya tidak berniat memain peran sebagai ustazah. Cuma hati ini tersinggung dengan realiti yang terjadi.

Buat yang beragama Islam, Al- Quran telah menggariskan. Segala - galanya. Tapi biasala, manusia sering lupa. Bukan melayu sahaja yang mudah lupa. huhu. Biar saya yang menulis ini masih terkontang kanting mencari jalan yang lurus, tapi kesedaran dan niat untuk berkongsi pendapat itu mengatasi segalanya. Kita sering ingat tuhan pada saat susah, sakit dan derita. Bila kekononya bahagia dengan yang tercinta, kita lupa. Kita serah benda yang paling berharga yang tak ternilai tuhan dah free2 anugerah kat kita. Kita layankan nafsu yang dah mulai beraja. Lepas tu something goes wrong lagi, kita cari tuhan balik. Mana taknya tuhan perli kita?

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.“ 
Surah yunus,ayat 12

Malu tak?malu kan?

Ada satu quote yang sangat terkesan buat saya dan saya harap terkesan juga pada pembaca wanita sekalian yang ingin saya kongsikan. Semoga bermanfaat.

‎" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 

- Heba El-Hadda 


Wahai wanita,jagalah memang kehormatanmu kerana ianya anugerah. Wahai lelaki hormatilah wanita kerana sedangkan Tuhan saja mengangkat darjat wanita. Siapa pula kamu??Semoga entry ini mendatangkan manfaat.

Monday, March 19, 2012

Pungguk Si Gadis

Dikala malam berlabuh
Diri diselimuti sepi
Bertemankan irama tarian rintik hujan
Bayu dingin berhembus kepipi
Membangunkan gadis dari lamunan
Igauan semalam yang menghantui

Biar secantik mana sinaran rembulan
Pungguk si gadis tidak lagi merindu
Biar dibawa turun ke ribaan
Pungguk si gadis memilih sepi
Ekspresi si gadis… Mati
Pungguk si gadis perlu remedi
Agar kembali seperti azali
Agar keindahan dinikmati
Yang kekal abadi

p/s:Ini cerita aku.Gadis yang menafi pungguknya

Persahabatan berlainan jantina

Assalamualaikum and hi peeps!

Persahabatan berlainan jantina. Atau senang cerita bersahabat atau berkawan antara lelaki dan perempuan. Ianya bukanlah menjadi masalah yang besar bila terms bersahabat, berkawan atau berteman ini sekadar yang biasa - biasa. Maksudnya tidak kecik ati bila kau tak ingat besday aku, tak wajib bagi hadiah bila hari - hari penting, tak kisah kau nak rapat dengan siapa pun. Yang macam tu. Pernah ada pendapat yang mengatakan, perempuan dan lelaki sebenarnya tak boleh bersahabat baik. Sebab macam - macam mana pun akan wujud satu perasaan yang lebih dari seorang sahabat atau kawan. Ye ke?

Pada saya, pendapat itu tidaklah 100% benar. Sebab ia sebenarnya tergantung pada niat seseorang itu pada saat mereka memulai hubungan antara mereka sebagai teman. Katakanlah Ahmad mendekati Intan dan memulakan salam perkenalan. Mengambil berat, mendengar masalah sampaikan semua benda kecil senang intan ceritakan pada Ahmad. Akhirnya jadilah bestfriend. Dan hubungan persahabatan ini mutual. Macam mana Ahmad layankan intan macam tu jugakla Intan layankan Ahmad. Tidak perlu berbalas sms tiap hari, cukup masing - masing tau; anytime, any problem u can come to me. U can count on me. InsyaAllah tidak wujud perasaan mencintai dan dicintai tu kalau memang niat dari awal suci untuk persahabatan sahaja. Dan biarpun Intan atau Ahmad dikatakan sudah mempunyai pasangan, itu sedikit pun tidak akan mengubah persahabatan mereka. Saya bercakap bukan sekadar bercakap kosong atas pandangan semata. Ia berlaku sendiri keatas saya.

Sahabat baik saya En.S. Kami sudah bersahabat lebih 6tahun. Kami berkenalan sewaktu sama - sama sekelas waktu diploma dulu. Entah macam mana tiba - tiba kami macam belangkas. Tapi hanya pada saat kuliah saja. Maksudnya time kelas suka duduk gosip sama - sama, time rehat makan sama - sama, group assignment bergroup sama - sama. Thats it. Tapi extra sikitla. Kalau masing - masing punya masalah, kami masing - masing akan mencari masing - masing. Tak kisahla masalah kawan or masalah cinta or apa masalah sekalipun. Cuak nak exam ke, PMS ke tiba - tiba rasa nak menangis, dia yang saya cari. Saya tau saya beruntung punyai dia sebagai teman dan sahabat. Walaupun sering "Hubungan" kami ini dicemburui kekasih masing - masing, tapi kami tidak peduli. Sahabat dan pasangan mempunyai role yang berbeza. Keduanya kami perlukan. =) The main point is, lelaki dan perempuan memang boleh menjadi sahabat baik!


Mungkin ada pula yang setuju dengan pendapat "perempuan dan lelaki tidak boleh bersahabat baik". Penyebab utama yang saya dapat tangkap adalah akan wujud perasaan yang lain dari seorang sahabat. Nak tau kenapa? Sebab mungkin seseorang menggunakan gelaran "teman" atau "kawan" atau "sahabat" itu untuk mengenali dan mendekati seseorang. Sebab itu pengakhirannya begitu. Paling jelas, pada saat si Ahmad atau si Intan punyai kekasih hati, yang menganggap dirinya teman tadi menjauhkan diri. Kenapa anda harus lari kalau memang anda ikhlas bersahabat dengannya? Alasan tak mahu kacau daun. This is very typical. Tidak ada sahabat sejati yang menjauh pada saat temannya punyai kekasih atau sudah bertemu pasangan hidup. Seharunsya anda tetap disisi, meyokong dan turut berbahagia bersamanya. Macam saya dan Mr.S. Sahabat dunia akhirat saya. =)

Bak kata lirik 1lagu Indonesia ni. Persahabatan bagai kepompong. Yang akan menjadi ulat seterusnya kupu - kupu. Bererti, semakin kita menghargai dan menjaga persahabatan kita, ianya  InsyaAllah akan menjadi sesuatu yang lebih indah. Hidup ini singkat. Jadi, hiasilah dengan sebaik mungkin. Hargai sahabat anda. Baik lelaki mahupun permpuan =)

Saturday, March 10, 2012

Siapa kata doktor kaya?

Salam and hi peeps!

Kali ni tetibe nak bercerita mengenai pendapatan seorang doktor yang dikatakan besar. Hidup pun mewah. Bila cakap study medic, orang pun mulala.Untunglaaaaaaaaaaaaaa DOKTOR. Nak tau untung tak untung, baca betol2 entry ni sampai habis.


Flow chart diatas ni menunjukkan jalur hidup kerjaya seseorang yang bakal dan bergelar doktor. Kalau tengok dari awal belajar je dah lama. Antara course yang paling lama la dibanding dengan course2 lain. Standard 5tahun. Ada jugak yang 6tahun. Habis je kene haousemenship(HO) atau bahasa melayunya latihan siswazah. Disebabkan ini version agak lama, (2006) setahun je tempohnya. Tapi sekarang dah jadi dua tahun. Selesai latihan siswazah (HO), dapatla jadi medical officer (MO). MO pulak wajib berkhidmat 3tahun. DAn flow seterusnya yang disebelah kiri, kenaikan pangkat tanpa meneruskan ke peringkat specialist. Kalau yang kanan untuk yang masih punya kudrat dan minat untuk teruskan sampai peringkat specialist. Apa beza antara jalur kanan dan kiri? Biarpun pangkat sama, tapi haruslah ada beza. Lanjut ke yang seterusnya dibawah.


Rajah diatas adalah anggaran pendapatan untuk yang memilih jalur kiri. Kenaikan pangkat dan gaji tanpa meneruskan ke peringkat specialist. Tengokla sendiri. Banyak sangat ke dibanding dengan kesibukan dan masa kerja yang panjang? Kaya ke? Terserah penilaian anda.

Rajah terakhir ni memangla nampak sedap je jumlah dapat tiap bulan. Tapi masa yang diambil untuk sampai ke tahap ini? Kalau perkirakan untuk diri sendirila kn paling cepat boleh rase pegang berbelas ribu perbulan mase umo dah 34tahun. Tapi,kuat ke?he..InsyaAllah kalau ada rezki. =) Tapi pengorbanan masa dan tenaga tu amatlah besar. Selaku seorang perempuan, dalam menginginkan kerjaya yang bagus, tak pernah melupakan impian membina keluarga yang harmoni, bahagia..Tapi boleh ke seimbangkan semuanya?Wallahualam..Usaha yang terbaik, ketetentuan ada padaNya. InsyaAllah itu yang terbaik buat kita =)

p/s:jadi,sesiapa yang nak doktor kaya, takkan ada yg muda - muda.Yang tua banyak =P Tapi..bintang saya jangan.saya punya! =D

Tuesday, March 6, 2012

Dear babies..

Salam.
Dear babies, kakak miss you guys sooooo much!
Your cuteness, your laugh, always make me feel better, makes me forget about problems,adult stuff..
I wish you guys are here. So that i dont feel empty and forget about other things.
Really, i miss all of you. ='(






p/s: I dont need anybody else. I just need Allah, mama, abah, adik2 and of course the babies. I really wish everyone are here with me =(

Thursday, March 1, 2012

Menjadi yang terakhir...

Salam and hello peps!
Entry yang insyaAllah bermanfaat walaupun terselit cerita peribadi ;)

Its been a while since the last time i wrote something here. Agak sibuk. apa lagi exam dah sangat dekat. Today, officially baru habis clinical skill. Skill yang paling memenatkan, cardiopulmonary resuscitation or orang selalu panggil CPR. Sebenarnya skill ini amat penting diketahui dan dipelajari umum sebab indikasi melakukan tindakan ini adalah pada orang yang nadi karotisnya tidak teraba atau macam yang anda biasa lihat di drama - drama, nadi yang orang raba kat leher tu. Yang mana ia menunjukkan bahawa mangsa mengalami henti jantung.

Bayangkan kalau jantung berhenti,mesti mati kan? Ternyata sebenarnya jantung itu masih boleh berdegup jika dilakukan tekanan pada titik tertentu didada dengan frekuensi tertentu dan kekuatan tekanan tertentu. Hati - hati, terlalu kuat boleh menyebabkan mangsa cedera lebih parah dan tidak cukup adequate pun sia - sia jugak. Kat mana - mana pun sekarang dah banyak diajarkan CPR kn? Jadi tak perlula rasenya saya membebel panjang - panjang pasal teknik CPR ni. Google je mesti banyak. Yang saya excited nak cerita pasal teknik menggunakan defibrillator ataupun satu alat yang menggunakan elektrik untuk memberi renjatan dan mengembalikan degupan dan irama jantung. Ala, alat ni pun banyak kat drama - drama. Rasenye korang tau kot.

CPR biasanya dilakukan 5cycle dengan tiap satu cycle 30kali tekanan pada dada dan 2kali bantuan nafas mouth to mouth or pakai ambu bag. Dan kalau keadaan masih tidak berubah ulang lagi cycle yang sama. Kalau tak berubah jugak bagi adrenalin. Tak berubah lagi inilah masanya untuk defibrillator. Set smpai 360j, dengan satu pad pada apex jantung dan satu lagi bertentangan, lakukan proses defibrillasi.

Posisi pad defibrillator tu mcm ni la

Selaku kumpulan terakhir belajar resuscitation ni kami satu - satunya yang dapat ilmu teknik ini dan selaku orang terakhir yang melakukan CPR, saya berpeluang melakukan sendiri teknik defibrillasi. Seronok dengan ilmu baru dan peluang yang diberikan. Rase sangat bertuah, Alhamdulillah~ =)
Menjadi yang terlambat atau yang terakhir tidak sentiasa negatif dan merugikan. Allah telah menetapkan sesuatu mesti berhikmah. Sabar, dan nantikan saja. Dia perancang yang terhebat. Sama jugak macam menjadi yang terakhir buat seseorang yang istimewa. Bukankah ianya sesuatu yang terindah? =)
Semoga hari anda juga dipenuhi hikmahNya. Sekian.