Sunyi blog tak bererti sibuk. Manusia, kadang - kadang rajin, kadang - kadang malas. Istiqamah itu susah. Lumrah. Ok, now back to the main topic. Maksud tersirat title post kali ni adalah, aturan - aturan yang manusia wujudkan. Persoalannya kenapa macam tu? Benda ni terilham dari situasi semalam. Semalam saya berjalan- jalan cari barang baby yang belum diketahui jantinanya. Jangan salah faham, bukan bakal baby saya ye. Belikan sebagai hadiah untuk seorang senior yang baru je grad dan sudah pun bergelar seorang doktor dan seorang isteri dan bakal ibu. Dalam hati sungguh cemburu. hihi. Dalam sibuk survey, mencari yang sesuai, pilihan selalu terhambat oleh ketentuan jantina. Maksudnya, kan masih belum diketahui jantina si bayi, jadi kalau nak beli baju tak tau nak beli warna apa. Nak beli baby carrier pun ada pilihan warna. Macam tu jugak botol susu, selimut, dan macam - macam lagi la. Biasanya warna yang famous ada dua. Pink dan biru. Dan kebiasaannya juga Pink seolah ditakdirkan untuk perempuan dan biru ditakdirkan untuk lelaki. Terdetik jugak dihati ni. Habis, perempuan tak boleh pakai warna biru? Lelaki memang tak boleh sama sekali pakai warna pink. Kata siapa? Peraturan siapa? dan ketetapan siapa? Satu jawapan yang pasti, kebiasaannya memang sudah begitu.
Kadang - kadang kebiasaan membuat manusia mengangkat diri mereka sendiri menjadi pencipta aturan terhebat dan tak lupa hakim terhebat dalam menghakimi sesama mereka. Contoh, kebiasaannya, dari statistik dan kajian yang dijalankan, remaja - remaja yang duduk dibandar dan mengalami masalah dalam keluarga lebih cenderung untuk terlibat dengan masalah dan gejala - gejala sosial. Jadi, kalau adala tiba - tiba mak cik semah dengan mak cik zaiton tengah balik dari pasar ternampak pasangan remaja berpelesaran tak tentu arah, common judgement yang akan terpacul keluar dari mulut atau pemikiran mereka adalah "Ni la jadi kalau duduk bandar, mak bapak sibuk sangat keje sampai tak ingat kat anak" No? Adilkah begitu?
Contoh lain. Biar sebaik mana pun seorang remaja lelaki itu, biarpun cuma sekali, dia pasti pernah terlibat dengan sebarang bahan - bahan lucah baik video, audio, gambar, atau perbuatan lainnya. No? Adilkah statement begini? Aturan siapa? Dek kerana statistik atau kebiasaannya begitu, rosak imej remaja lelaki keseluruhannya. Lebih parah, sampaikan ada yang berpendapat, biasala tu.. Seolah tiada yang salah. Aduh.tepuk dahi sendiri. Menjijikkan tahu?
Banyak lagi sebenarnya contoh - contoh aturan manusia. Banyak. Memang terlalu banyak. Sampaikan, sampai disini saya sudah menjadi speechless secara tiba - tiba. huhu. Pokoknya, kita kena sedar, kita manusia, banyak keterbatasan. Pemikiran terbatas, pengetahuan terbatas... Jadi, sebenarnya kita tidak layak menilai sesuatu berdasarkan sesuatu yang belum jelas, sesuatu yang kita dengar sayup - sayup je dan apatah lagi menjatuhkan hukuman. Tidak adil. Jangan kita menghakimi seseorang kerana jantinanya. Memang masa dia dalam perut mak dia, dia mintak dengan tuhan dia nak jadi perempuan atau lelaki? Tidak kan? Kesimpulannya jangan dihakimi seseorang atas sebab yang dia sendiri tidak boleh ubah.
"Aku tak suka kau sebab kau berkulit gelap. Biasanya orang macam kau jahat."
"Bapak kau pembunuh. Kau pun mesti jahat jugak"
"Aku benci kau sebab kau lelaki. Lelaki semua jahat. Macam bapak aku"
Jangan. Jangan dan jangan. Tidak adil. Tidak adil. ok? Dan sebagai tambahan, jangan juga suka hakimi seseorang kerana masa lalunya. Yang berlalu itu sejarah. Jangankan kerana satu kesalahan, seribu kebaikannya dilupakan. Jangan lupa, manusia tidak pernah lepas dari kesilapan. sedangkan Nabi Adam pernah melakukan kesalahan dengan melanggar larangan, inikan pula manusia biasa. Yang penting, pada akhirnya seseorang itu berubah. Yang lalu sedia untuk dilupakan..Semoga entry ini ada manfaatnya untuk semua.. =)