Tuesday, March 20, 2012

Maruah dan wanita

Assalamualaikum and hye peeps!

Maruah dan wanita. Kedengaran serious kan? Memang serious. Maruah dan kehormatan bukanlah sesuatu yang patut dipandang enteng. Baik zaman dahulu mahupun zaman sekarang. Buat umat Adam ataupun umat Muhammad. Maruah dan kehormatan, apalagi buat seorang wanita adalah suatu anugerah yang memang dari lahir semua perempuan ada. Semua dianugerahkan dengan darjat kehormatan yang sama oleh Maha Pencipta. Sesuai meningkat usia seseorang wanita itu, maruah dan kehormatan yang pada awalnya sama sudah mulai berubah darjat tergantung didikan,iman dan kesedaran dalam diri masing - masing.

Apa yang ingin saya sentuh disini sebenarnya bagaimana harga maruah dan kehormatan seseorang perempuan semakin beredar zaman kelihatan semakin merudum jatuh. Perhatikan saja statistik hubungan luar nikah, kelahiran anak - anak tidak sah taraf, sudah cukup menjadi bukti tanggapan ini. Tidak dinafikan, tidak semuanya, tapi secara keseluruhan, itulah realiti. Tidak pantas juga dengan munculnya masalah seperti ini kita lantas menuding jari pada pihak - pihak tertentu. Sebagai contoh, tipikalnya tudingan jari masyarakat;

"Ni salah perempuan la ni. Suke pakai seksi"
"Ni salah lelaki la ni. Tak reti kawal nafsu"
"Ni salah kerajaanla ni yang pegi tayang cite2 mat salleh kat tv banyak2 nape?"
"Ni salah mak bapak la ni. Tak reti didik anak"

Dan akhirnya tuding punya tuding, apa yang selesai? Apa pun tak jadi. Habis, adakah pada akhirnya anda ingin salahkan tuhan kerana mewujudkan nafsu?????? Berhenti menyalahkan dan semak diri sendiri. Pertama, wanita harus sedar maruah dan kehormatan itu tidak ternilai harganya. Tidak dapat diganti lagi seandainya sudah hilang. Traumanya menghantui seumur hidupmu wahai wanita. Pedulikan pujuk rayu lelaki yang menjanjikan pernikahan sebagai tiket untuk mereka merenggut kehormatan tertinggimu wahai wanita. Kalau benar dia menginginkanmu sebagai permaisurinya, pasti dia terus ke orang tuamu. Am i right? Buat yang lelaki, anda harus sedar tuhan tidak wujudkan nafsu tanpa penyelesaian. Kalaupun belum waktumu untuk punyai pasangan hidupmu, kan masih ada yang namanya jauhi godaan, elakkan pertemuan. Semuanya ada. Cuma kita yang harus bijak mengawal nafsu dan akal fikiran, bukan membiarkan nafsu yang mengawal kita. Saya tidak berniat memain peran sebagai ustazah. Cuma hati ini tersinggung dengan realiti yang terjadi.

Buat yang beragama Islam, Al- Quran telah menggariskan. Segala - galanya. Tapi biasala, manusia sering lupa. Bukan melayu sahaja yang mudah lupa. huhu. Biar saya yang menulis ini masih terkontang kanting mencari jalan yang lurus, tapi kesedaran dan niat untuk berkongsi pendapat itu mengatasi segalanya. Kita sering ingat tuhan pada saat susah, sakit dan derita. Bila kekononya bahagia dengan yang tercinta, kita lupa. Kita serah benda yang paling berharga yang tak ternilai tuhan dah free2 anugerah kat kita. Kita layankan nafsu yang dah mulai beraja. Lepas tu something goes wrong lagi, kita cari tuhan balik. Mana taknya tuhan perli kita?

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.“ 
Surah yunus,ayat 12

Malu tak?malu kan?

Ada satu quote yang sangat terkesan buat saya dan saya harap terkesan juga pada pembaca wanita sekalian yang ingin saya kongsikan. Semoga bermanfaat.

‎" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 

- Heba El-Hadda 


Wahai wanita,jagalah memang kehormatanmu kerana ianya anugerah. Wahai lelaki hormatilah wanita kerana sedangkan Tuhan saja mengangkat darjat wanita. Siapa pula kamu??Semoga entry ini mendatangkan manfaat.